Hari-hari wanita ini datang simbah air kencing kat rumah jiran, rupanya ini niat sebenar dia..!
Seorang wanita dipercayai membuang air kencingnya di rumah jiran.
Dia juga dikatakan mengulangi perkara sama sejak 2017.
Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), dia dilihat membawa bekas berisi air yang kemudian disimbah ke dinding rumah jiran.
Pernah ditangkap melakukan perbuatan tersebut, dia telah berjanji untuk tidak mengulanginya namun, keadaan sebaliknya berlaku.
Pelik dengan insiden berkenaan, pegawai polis melakukan siasatan dan mendapati ia disebabkan rumah tersebut adalah milik adiknya yang telah dijual.
“Dia ingin memiliki rumah tersebut dan disebabkan itu telah menyimbah air kencing serta melempar sampah ke rumah jirannya.
“Perbuatan itu dilakukan dengan harapan jirannya akan menjual rumah tersebut kepadanya dengan harga yang murah,” katanya
BACA:
Familymart henti jual minuman alkohol di 360 cawangan sejak Kerajaan Perpaduan memerintah?