Pelajar ini tersasul panggil ‘sayang’ masa kelas, sekali respon ustaz buat hubungan sebenar mereka terdedah

Oleh INFORAKYAT

Pelajar ini tersasul panggil ‘sayang’ masa kelas, sekali respon ustaz buat hubungan sebenar mereka terdedah.

Seorang pelajar lelaki berhadapan dengan detik memalukan apabila dia terpanggil ustaz yang mengajarnya dengan nama panggilan ‘sayang’ ketika sedang belajar atas talian.

Terpanggil ustaz ‘sayang’

Pelajar ini tersasul panggil 'sayang' masa kelas, sekali respon ustaz buat hubungan sebenar mereka terdedah

Menerusi video yang dimuat naik oleh Kwunch di akaun TikTok, pada mulanya ustaz yang mengajarnya itu sedang bertanyakan soalan kepada para pelajarnya.

Ada apa-apa kemusykilan, ada persoalan yang nak tanya?

Walau bagaimanapun, pelajar lelaki berkenaan yang bersemangat ingin menanyakan soalan itu tanpa sengaja terpanggil ustaz itu dengan panggilan ‘sayang’ sehingga menyebabkan tenaga pengajar tersebut tergamam dan sempat berseloroh dengan memanggilnya kembali dengan panggilan sayang.

Haa sayang, Allah ustaz hahaha due date bila ustaz.

@hyomylmao Tragedi di bulan puasa #fyp #amadiketu #malaysia ♬ original sound – Kwunch – hyomy

Susulan daripada kejadian itu, dia terpaksa menahan malu kerana hampir semua rakan kelas mentertawakannya. Walau bagaimanapun, pelajar berkenaan tampil untuk menjelaskan perkara sebenar yang berlaku kepada dirinya sehingga membuatkan dirinya tersasul.

Sebenarnya mikrofon memang terbuka lama, time tu memang dah ada soalan nak tanya dekat ustaz. Suddenly notification dari girlfriend keluar dan tiba-tiba tersebut sayang. Lepas tu lupa pula mikrofon terbuka tu yang gelabah.

Sehingga artikel ini ditulis, video berdurasi 27 saat itu meraih lebih satu juta tontonan dan mendapat lebih 271 ribu tanda suka di TikTok.

‘Tragedi di bulan puasa’

‘Blushing ustaz tu bang’

BACA:

Familymart henti jual minuman alkohol di 360 cawangan sejak Kerajaan Perpaduan memerintah?

Malaysia panas ‘bak hang’, Ini 8 tips kekal ‘sejuk’ yang ramai tak tahu