Tak sangka! Rupanya mesin kutip sampah di Sg Klang, Coldplay yang sumbang patutlah PM ucap selamat datang

Oleh INFORAKYAT

Tak sangka! Rupanya mesin kutip sampah di Sg Klang, Coldplay yang sumbang patutlah PM ucap selamat datang.

Kumpulan muzik ternama dari United Kingdom, Coldplay sebelum ini pernah menaja mesin memerangkap sampah sungai “Interceptor 005” di Sungai Klang pada tahun 2022.

Coldplay pada tahun itu mengumumkan kolaborasi mereka dengan pertubuhan tidak berasaskan keuntungan Belanda,

Tak sangka! Rupanya mesin kutip sampah di Sg Klang, Coldplay yang sumbang patutlah PM ucap selamat datang

The Ocean Cleanup, dalam usaha mencegah sampah dan pencemaran daripada masuk ke laut.

Agensi antarabangsa melaporkan, Coldplay menyumbang AS$777,000 (RM3.2 juta) bagi jentera tersebut.

Difahamkan, itu adalah “Interceptor” kedua beroperasi di Malaysia selepas Interceptor 002 yang beroperasi di Sungai Klang pada Ogos 2019 lalu.

“Jika tiada tindakan, mungkin akan lebih banyak plastik daripada ikan di lautan pada tahun 2050. Maka sebab itulah kerja The Ocean Cleanup sangat penting.

“Kami bangga menaja Interceptor 005 yang akan memerangkap ribuan tan sampah sungai sebelum sampai ke lautan, ” kata mereka dalam satu kenyataan berhubung tajaan itu.

Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif The Ocean Cleanup, Boyan Slat, Malaysia adalah negara pertama yang akan menerima Interceptor 005.

Tajaan itu dipercayai membuatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalu-alukan kedatangan kumpulan muzik tersebut yang akan ke Malaysia pada November depan.

BACA: 

Sanusi beria nak letak calon Pas jadi MB Selangor, jangan sampai Azmin Ali ‘berdehem’?

“Adik nak sangat masuk asrama tapi tak mampu, malam tu kami intip adik dalam stor, menitik air mata tengok apa yang ada dalam stor tu”