Tak nak isteri tahu suami jackpot RM143 juta, lelaki ini nekad datang ambil duit pakai kostum.
Seorang lelaki di China terpaksa merahsiakan kejayaan memenangi loteri yang bernilai 219 juta yuan (RM142,321,815) daripada isteri dan anaknya
kerana dia bimbang kemenangan itu akan membuatkan mereka malas.
Memetik laporan Utusan Malaysia, lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Mr Li itu memakai kostum kartun berwarna kuning terang untuk melindungi identitinya ketika menuntut hadiah kemenangannya di pejabat loteri yang terletak di Nanning, Guangxi pada minggu lalu.
Li berkata dia seronok dengan kemenangan itu dan akan terus merahsiakan perkara tersebut daripada ahli keluarganya.
Dapatkan katil dan banglo kucing eksklusif untuk kucing anda di Lakardanreka. [KLIK]
“Saya tidak beritahu isteri dan anak kerana bimbang mereka terlalu leka dan tidak akan bekerja atau malas pada masa hadapan sebaliknya saya lebih selesa jika kami hidup seperti biasa dengan anak saya boleh mencari kerja untuk masa depannya,” katanya.
Sebelum menuntut hadiah kemenangannya, Li tinggal selama seminggu di sebuah hotel kerana takut kehilangan tiket loteri. Lelaki itu berkata dia langsung tidak keluar dari bilik dan hanya memesan makanan secara dalam talian.
Selepas membayar cukai, Li turut menyumbangkan lima juta yuan (RM3,261,007) kepada badan amal dan berkata dia belum memutuskan apa yang perlu dilakukan dengan baki wang kemenangan.
Sekiranya berada di tempat Li, adakah anda akan melakukan perkara yang sama?
BACA:
Kerana Spongebob, ibu ini nekad bunuh anak sendiri undang reaksi netizen