Rupanya ini maksud sebenar di sebalik nama 7-Eleven yang ramai tertanya-tanya

Oleh INFORAKYAT

Rupanya ini maksud sebenar di sebalik nama 7-Eleven yang ramai tertanya-tanya. Siapa yang tidak tahu akan jenama 7-Eleven?

Di Malaysia sahaja terdapat lebih 2242 buah rangkaian cawangan kedai serbaneka ini setakat 31 Julai 2018.

Beroperasi 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu, 7-Eleven bagaikan penyelamat bagi semua bila mana pasaraya atau kedai runcit terdekat sudah tamat waktu operasinya.

Rupanya ini maksud sebenar di sebalik nama 7-Eleven yang ramai tertanya-tanya

Hampir kesemua barangan runcit dan harian dijual di sini – makanan, minuman, tiket tambah nilai telefon, bateri, tuala wanita dan bermacam lagi.

Jadi, bagaimanakah jenama kedai serbaneka ternama dunia ini mendapat nama dan bagaimanakah wujudnya 7-Eleven?

Sejarah awal penemuan 7-Eleven akan dijelaskan melalui rangka masa di bawah:

1927 – Kedai Serbaneka Pertama Di Dunia

‘Uncle Johnny’ Jefferson Green, salah seorang pekerja di Southland Ice Company mula menjual susu, telur dan roti di salah satu daripada 16 dok ais di Dallas, Texas. Dengan izin daripada salah seorang pengarah Southland Ice Company, Joe. C. Thompson Jr., Uncle Johnny terus membekalkan barangan keperluan kepada penduduk setempat.

1933-1937 – Mula Berkembang

Dengan penjualan bir dan minuman keras, perihal kedai serbaneka tersebut mula berkembang dan tersebar luas. Kurang daripada sedekad, lokasi kedai yang menjual produk-produk baru bertambah tiga kali ganda. Kedai-kedai serbaneka ini kemudiannya diberi nama ‘Tote’m Store’.

1946-1963 – Nama Baru ‘7-Eleven’ Dan Mula Beroperasi 24/7

Nama bagi rangkaian kedai serbaneka ini telah ditukar kepada ‘7-Eleven’ yang menunjukkan waktu operasi baharu syarikat – 7 pagi hingga 11 malam, tujuh hari seminggu. 7-Eleven kemudian membuka cawangan baru di Florida, Maryland, Virginia dan Pennsylvania.

Pada waktu ini, 7-Eleven juga menjual bahan api kepada pelanggan sejak penggunaan kereta semakin meningkat dan seterusnya membuka cawangannya yang ke-1000. Sebuah 7-Eleven di Austin, Texas, yang berdekatan dengan sebuah universiti mula beroperasi sepanjang malam untuk memberi kemudahan kepada para pelajar.

Idea ini mendapat sambutan hangat dan seterusnya kedai 24 jam mula dibuka di Las Vegas, Fort Worth dan Dallas.

1964-1969 – Menyertai Dunia Francais

7-Eleven menyertai bisnes francais dengan membeli beberapa buah francais Speedee Mart di California. Syarikat ini telah menandatangani perjanjian pelesenan pertamanya dengan Garb-Ko, Inc.

yang bertapak di Saginaw, Michigan, pada tahun 1968. Pada tahun 1965, 7-Eleven memperkenalkan minuman Slurpee dan ‘coffee-to-go’ pertama di dunia.

Dengan penerimaan yang sangat membanggakan daripada masyarakat, 7-Eleven membuka cawangan baru di Kanada, menjadikan jumlah keseluruhan kedai menjangkau 3500 buah.

1970-Kini – Konsep Layan Diri Diperkenalkan Dan Semakin Berkembang Ke Serata Dunia

7-Eleven mula menawarkan servis layan diri kepada para pelanggan seperti pengisian petrol layan diri dan memperkenalkan mesin air soda layan diri yang pertama. Rakyat Amerika Syarikat juga diperkenalkan dengan minuman Big Gulp.

7-Eleven meneruskan pembukaan cawangan baru di beberapa lokasi antarabangsa, termasuklah Australia, Sweden, Taiwan, Hong Kong, Singapore, Guam, Malaysia dan Filipina.

Dengan lebih 60,000 buah kedai serbaneka di seluruh dunia, 7-Eleven, kini diterajui oleh Joseph M. DePinto – seorang veteran tentera Amerika Syarikat, tekad meluaskan empayar mereka dengan terus menyediakan kehendak para pelanggan dengan motto “to continue innovating and delivering what the customers want, when and where they want it.”

Fakta Menarik
1. Semasa Slurpee mula diperkenalkan, minuman sejuk beku tersebut dikenali dengan nama ‘Icees’. Sehubungan dengan itu, frasa ‘BrainFreeze’ telah dicipta.

2. 7-Eleven adalah kedai serbaneka pertama yang menawarkan servis ATM.

3. 7-Eleven merupakan kedai serbaneka pertama yang menjual bahan api untuk kenderaan.

4. 7-Eleven yang pertama di Malaysia telah dibuka pada Oktober 1984 di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur

5. Nama ‘Tote’m’ – Nama ‘Tote’m’ digunakan kerana pelanggan dilihat menjinjing (tote) barangan yang dibeli.

Selain daripada itu, kebanyakan kedai juga dilihat meletakkan tiang Totem Alaska – sejenis monumen yang diukir dengan simbol atau gambar di hadapan kedai.

BACA: 

Tukang kutip sampah terjumpa RM330,000 dalam timbunan sampah, apa yang dia buat dengan duit itu sangat mengejutkan!

Kecoh Siti Zailah guna pili bomba tanpa kebenaran, sekali peguam ini dedah hukuman yang bakal menimpa jika sabit bersalah