Tiada lagi Bukit St. Paul di Melaka? Kena runtuh ke? Ini cerita sebenar. Bukit St Paul. di Bandar Hilir, Melaka kini dikenali dengan nama asalnya Bukit Melaka.
Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Mohd Nasruddin Rahman berkata pihaknya sudah pun memasang papan tanda pengenalan atau papan arah yang menamakan ianya sebagai Bukit Melaka (Bukit St Paul).
Menurutnya, ia bagi mengelak kekeliruan yang timbul khususnya dalam kalangan pelancong yang datang bersiar-siar di sekitar kawasan itu.
“Memang nama asalnya ialah Bukit Melaka yang dinamakan sewaktu kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.
“Namun apabila zaman penjajah, nama tersebut telah ditukar memandangkan ia terletak berdekatan gereja St Paul,” katanya.
Pelbagai pihak sebelum ini mengemukakan cadangan kepada Perzim agar menukar nama asal Bukit St Paul ke Bukit Melaka yang digunakan sewaktu Kesultanan Melayu Melaka dahulu.
Ujar Mohd Nasruddin, ia kemudiannya dibantah oleh kumpulan lain yang beranggapan penukaran nama itu akan menjejaskan lokasi atau kedudukan gereja St Paul di situ.
BACA:
Gara-gara nak renovate rumah flat bagi luas, sekali 240 jiran terus jadi ‘gelandangan’
Kenapa ek tandas rumah dulu-dulu kat luar rumah? Ini sebab yang ramai tak tahu