Hati-hati para wanita, ada pihak yang guna gambar anda mereka edit dalam AI ganti badan anda dengan gambar bogel

Oleh INFORAKYAT

Hati-hati para wanita, ada pihak yang guna gambar anda mereka edit dalam AI ganti badan anda dengan gambar bogel.

kecerdasan buatan atau lebih dikenali sebagai artificial intelligence (AI) adalah sebuah revolusi baharu

Ia yang bukan hanya memberi manfaat kepada reka bentuk kreatif tetapi meliputi semua aspek termasuk bidang pendidikan dan pembuatan.

Hati-hati para wanita, ada pihak yang guna gambar anda mereka edit dalam AI ganti badan anda dengan gambar bogel

Keupayaan dan kemampuannya juga membantu memudahkan banyak urusan manusia.

Pun begitu, tanpa diduga terdapat sesetengah pihak yang menyalahgunakan revolusi AI tersebut.

Menerusi perkongsian @magmalaya di Twitter, dia mendakwa terdapat pihak yang menggunakan gambar mana-mana wanita yang diperoleh di media sosial untuk tujuan tidak bermoral.

“Hati-hati para wanita, sudah ada pihak menggunakan gambar anda yang berbaju… mereka membuat kerja dengan teknologi AI untuk menggantikan badan anda dengan gambar bogel.

“Hasilnya amatlah mengejutkan,” ciapnya di Twitter.

Reaksi warga maya tentang pendedahan magmalaya.

Susulan itu, dia kemudiannya meminta kaum wanita mengurangkan perkongsian gambar di media sosial.

“Kurang-kurangkan upload gambar anda di media sosial,” tambahnya ringkas.

Pendedahannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya.

Dia bukan suka-suka tapi buat berniaga… orang boleh beli, memang bahaya.
WARGA MAYA
Paling mengejutkan apabila salah seorang pelayar lain yang membuat ciapan balas memaklumkan pengubahsuaian imej tersebut untuk tujuan perniagaan.

“Dia bukan buat suka-suka, dia buat berniaga. Orang boleh beli… memang bahaya. Kalau dia suka-suka buat tak ramai kemaruk, dah boleh beli memang ramai gila seks ni cari. Teruk la Ai disalah guna,” ujarnya di ruangan komen.

Malah ia turut diakui beberapa lagi pelayar yang menyatakan AI memudahkan kerja untuk memanipulasi gambar.

Teknologi AI semakin berkembang dan digunakan masyarakat. – Gambar hiasan

Teknologi AI semakin berkembang dan digunakan masyarakat. – Gambar hiasan

“AI memudahkan kerja manipulasi gambar. Kiranya tukar kepala, badan dan samakan warna kulit… Semua tu dah preset sebagai AI, perkara sama juga diguna pakai dalam AR filter. Tetapi ini bukan AI generator macam midjourney (gambar nenek naik skate).

“Hasilnya betul-betul seperti tubuh asal… yang ada tatu di tubuh tapi tertutup oleh baju tapi apabila disunting, tatu boleh nampak. Betul-betul macam kita bogel,” kata beberapa warga maya.

Tidak kurang juga yang berasa kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab sesetengah individu apabila sewenang-wenangnya menyalahgunakan privasi orang lain dengan kecanggihan teknologi.

Reaksi warga maya tentang pendedahan magmalaya.

Reaksi warga maya tentang pendedahan magmalaya.

“Minta dijauhkan daripada mereka ini. Kerosakan bumi dan teknologi daripada tangan manusia juga… sudah elok teknologi berkembang tapi pemikiran manusia tidak berkembang baik seiring.

“Sudah sampai masanya AI ini ada rules and regulations, sama seperti Google, YouTube, TikTok dan seangkatannya.

“Kenapa nak salahkan perempuan. Kita kena hasilkan AI untuk kesan perkara macam ini… dan generate AI untuk educate men dont use AI for making naked girl photo,” ujar sebilangan lagi warga maya.

BACA:

Gara-gara nak renovate rumah flat bagi luas, sekali 240 jiran terus jadi ‘gelandangan’

Kenapa ek tandas rumah dulu-dulu kat luar rumah? Ini sebab yang ramai tak tahu