Gara-gara MyKad hilang, wanita ini ditahan Polis rupanya ini yang dia buat sampai kena tangkap

Oleh INFORAKYAT

Gara-gara MyKad hilang, wanita ini ditahan Polis rupanya ini yang dia buat sampai kena tangkap.

Enggan membayar denda kerana kehilangan MyKad menyebabkan seorang wanita sanggup membuat laporan palsu kononnya diragut.

Bagaimanapun tindakannya itu mengundang padah apabila dia ditahan polis kelmarin selepas siasatan mendapati kejadian ragut itu tidak berlaku.

Gara-gara MyKad hilang, wanita ini ditahan Polis rupanya ini yang dia buat sampai kena tangkap

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, hasil soal siasat mendapati kejadian jenayah itu tidak berlaku dan individu berkenaan mengaku membuat laporan palsu kerana tidak mahu membayar denda bagi mendapatkan kad pengenalan gantian di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Menurutnya, kejadian sebenar adalah kad pengenalan miliknya tercicir dalam simpanan.

“Ujian saringan air kencing juga dijalankan dan mendapati dia negatif dadah,” katanya.

Omar Khan berkata, orang ramai diingatkan bahawa jika membuat laporan polis palsu atau tidak benar ia menjadi satu kesalahan jenayah.

“Mereka boleh disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan (KK) yang memperuntukkan hukuman penjara enam bulan atau denda sehingga RM2,000, jika sabit kesalahan,” katanya.

BACA:

Lelaki ini ada 600 orang anak undang persoalan netizen berapa isteri dia sebenarnya?

“Aku ajak akak masuk bilik, aku tanya apa yang berlaku dalam keluarga dia, awalnya dia tak cerita, akhirnya bocor juga rahsianya”