“Dulu ajar aku BM, sekarang kami belajar erti kehidupan bersama”, Kisah murid tackle Cikgu sampai kahwin

Oleh INFORAKYAT

“Dulu ajar aku BM, sekarang kami belajar erti kehidupan bersama”, Kisah murid tackle Cikgu sampai kahwin.

Terkadang kita terlampau mencari-cari dan tertanya bilakah jodoh akan sampai.

Yakinlah dengan takdir, pasangan hidup boleh muncul menerusi cara yang tidak disangka-sangka langsung persis kisah tular di TikTok ini.

"Dulu ajar aku BM, sekarang kami belajar erti kehidupan bersama", Kisah murid tackle Cikgu sampai kahwin

Kisah perkenalan Encik Danial dan isteri tersayang boleh dikatakan agak unik.

Masa 2016, dia (isteri) mengajar aku Bahasa Melayu Tingkatan 3

Pada tahun 2016 dahulu, Encik Danial ketika itu masih lagi bersekolah di Tingkatan 3 dan sedang berseronok melayari zaman remaja yang penuh kenakalan. Dalam masa sama, seorang guru perempuan ditugaskan mengajar subjek Bahasa Melayu dalam kelas mereka.

Tau-tau sekarang kami belajar erti kehidupan bersama

@muhddanial72 Membalas kepada @Dnial_14 ♬ bunyi asal – Dnial_14

Bahkan terdapat sekeping gambar yang ditangkap sebagai tanda kenangan guru itu bersama dengan pelajar kelas tersebut.

Cukup indah aturan Tuhan, siapa menduga masing-masing yang mempunyai jarak usia hampir 20 tahun akhirnya bertemu jodoh sebagai suami isteri. Video hiba saat pasangan ini bersalaman di pagi raya telah tular sehingga meraih hampir 500 ribu jumlah tontonan.

@muhddanial72 Tak sia2 nakal dlm kelas ❤️#fyp #foryoupage #alhamdulillah ♬ bunyi asal – Dnial_14

Dulu dia kena dengar cakap cikgu, sekarang cikgu pula dengar cakap dia sebab dia suami

Ribuan komen telah ditinggalkan oleh netizen single termasuklah yang berseloroh mungkin jodoh mereka masih lagi bersekolah dengan jarak usia jauh. Tak kurang juga ada pengakuan lucu guru yang terminat kepada pelajar sendiri.

Paling mengejutkan, ada warganet berkata kenalan terdekat mereka bernikah dengan guru sekolah rendah yang sudah berpencen.

BACA:

Neil Armstrong masuk islam lepas dengar azan? Betul ke? Rupanya dah lama dia dedah kisah sebenar

Macam ada ‘orang dalam’ yang bocorkan waktu penghantaran stok emas, wanita ini rugi RM1.8 juta emas 7kg kena rembat