Hajarul Aswad pernah kena rembat?! Ini yang terjadi kepada pencuri tersebut.
Tahukah kalian Hajarul Aswad pernah hilang selama 22 tahun dan pelbagai lagi usaha untuk musnahkannya? Ceritanya begini.
Bermula dari zaman Abdullah Ibn Zubair sekitar 80 hijrah batu ini terpecah kepada 3 ketulan besar.
Beliau telah mengikat Hajar tersebut dengan pita perak supaya tidak jatuh dan pecah. Kemudian dikemaskan lagi oleh Khalifah Harun Ar-Rashid dengan diletakkan pita perak pada tahun 189 hijrah.
Pada tahun 317 hijrah berlaku kecurian Hajar Aswad oleh Abu Tahir Al-Qaramiti dari Bahrain. Dibawanya 700 tentera semasa umat islam sedang haji, hampir 30 ribu orang dibunuh olehnya dalam peristiwa itu.
Dialah yang menyimpan Hajar tersebut selama 22 tahun dan akhirnya dipulangkan semula oleh Sanbar bin Hasan Al-Qirmit ke tempat asalnya di Kaabah pada 339 hijrah selepas Abu Tahir mati pada 332 hijrah.
Kemudian cuba dipecahkan pula oleh seorang lelaki dari Romawi pada tahun 363 hijrah dan dia dibunuh oleh seorang Yamani yang sedang bertawaf juga.
Pada 413 hijrah pula, sekali lagi Hajar Aswad cuba dipecahkan oleh lelaki athies yang dipengaruhi oleh Hakim Al-‘Ubaidi dari Kerajaan Fatimiah,Mesir. Seorang yang berbadan tegap dan tinggi,memegang pedang di kanan dan tukul dikirinya.
Dia menghentakkan 3 kali ke Hajar Aswad maka hancur dan berjatuhanlah Hajar. Seorang lelaki berjaya menikamnya dan orang yang bersubahat juga dihukum bunuh. Hajar Aswad ditampal kembali oleh Bani Syaibah selepas 2 hari dari peristiwa itu.
Peristiwa berikutnya terjadi pada 990 hijrah yang dilakukan oleh ‘Ajam Iraqi dan dia dibunuh oleh Al-Amir Nasir Jawusy yang ada berdekatan Kaabah waktu itu.
Kali terakhir Hajar Aswad dicungkil batunya,dipotong kain kiswah kaabah dan diambil sepotong perak tangga kaabah oleh lelaki Parsi dari Afghanistan pada tahun 1351 hijrah pada zaman MalikAbdul Aziz Su’ud. Dia juga dihukum bunuh.
Begitulah rantaian upaya merosakkan dan menghancurkan Hajar Aswad sepanjang zaman Islam. Tetapi Allah masih menjaganya hingga kini. Subhanallah , alhamdulillah, Allahuakhbar.
Moga dapat sesuatu.
Persada Global Holidays.
Umrah ekslusif teman perjalanan taqwa kalian
BACA:
Cubaan merompak gagal, bomoh tak guna toyol tapi guna semut untuk curi rantai emas