Syafiq Yusof rancang nak jumpa kakak ipar baru sekali lain pula yang terjadi

Oleh INFORAKYAT

Syafiq Yusof rancang nak jumpa kakak ipar baru sekali lain pula yang terjadi.

Pengarah Syafiq Yusof memaklumkan akan menyambut Hari Raya bersama abangnya, Syamsul Yusof dan kakak ipar baru, Ira Kazar.

Memetik Utusan Online, Syafiq berkata dia akan ke rumah abangnya serta berharap hubungan mereka sekeluarga akan kembali seperti dahulu.

Syafiq Yusof rancang nak jumpa kakak ipar baru sekali lain pula yang terjadi
“Apapun berlaku, saya akan berjumpa dan beraya dengan abang. Saya memang dah rancang akan pergi rumah abang dan bawa isteri sekali.

 

“Saya harap hubungan keluarga kami kembali seperti dulu kerana tiada manusia yang sempurna di dunia. Hari Raya adalah peluang bermaaf-maafan antara satu sama lain,” katanya.

Bagaimanapun, Syafiq berkata dia belum mempunyai perancangan untuk pertemukan isteir baru abangnya dengan kesemua ahli keluarga lain.

Kata Syafiq lagi, sebagai adik dia sentiasa memberikan kata-kata semangat kepada abangnya yang dilihat keseorangan dalam mengharungi dugaan.

“Saya selalu cakap banyak bersabar dan ini adalah ujian hidup dia. Saya percaya abang adalah individu yang kuat serta mampu mengharungi situasi ini.

“Abang balas mesej dan dia sedar apa yang terjadi. Sebagai adik, saya perlu bagi sokongan moral selepas dia diserang daripada pelbagai penjuru terutamanya daripada netizen. Saya harap krisis ini berakhir segera,” katanya

BACA;

Rupanya Chazynash bukan calang-calang orang, ada kaitan dengan Sultan Perlis

“Aku sediakan hantaran RM30,000, masa makan beradab, isteri tiba-tiba bisik sesuatu buat aku jatuh terduduk”