“Asyik nak kena lastik je, kalau tepat takpe lah”, Ini cara buat cicak ‘confirm’ tak suka rumah anda!

Oleh INFORAKYAT

“Asyik nak kena lastik je, kalau tepat takpe lah”, Ini cara buat cicak ‘confirm’ tak suka rumah anda!

cicak cukup membuatkan ramai orang geli geleman dan fobia lebih-lebih lagi bagi mereka yang ada pengalaman buruk dengannya.

Lebih membuatkan ramai sakit hati apabila melihat lantai atau dinding yang terlekat dengan najis haiwan perosak ini.

"Asyik nak kena lastik je, kalau tepat takpe lah", Ini cara buat cicak 'confirm' tak suka rumah anda!

Sudahlah jenuh nak menyapu, bau najisnya pun boleh tahan.

Jom kita tengok beberapa petua yang dikongsikan ramai bagaimana caranya untuk menghalau cicak.

1) Semburan DIY

Mudah saja caranya untuk membuat semburan yang tidak digemari cicak ini. Ambil 1/3 cuka makan, 1/3 air, dengan 1/3 cecair pencuci pinggan. Campurkan kesemuanya dan masukkan ke dalam botol penyembur. Semburkan pada kawasan yang selalu menjadi kawasan laluan atau persembunyian haiwan ini.

 

Semburan cicak boleh dibuat dengan tiga bahan sahaja. -Gambar hiasan

2) Pelekat perangkap serangga

Ini juga salah satu cara yang paling mudah. Beli sahaja di kedai, kemudian letakkan sahaja di kawasan yang biasa dilalui oleh cicak seperti kabinet dapur, meja makan, bawah kabinet dan lain-lain lagi. Sekali ia terpijak, pasti melekat dan terperangkap. Senang nak buang!

ARTIKEL BERKAITAN: Dah cuba macam-macam teknik halau lipas, tapi cara ke-5 ini paling berkesan!

3) Ubat gegat

Boleh juga cuba letakkan ubat gegat di kawasan tersembunyi sama ada di dalam laci, bawah kabinet dan tempat yang biasa dilalui cicak. Namun anda tidak digalakkan meletakkan ubat gegat dalam bekas yang ada makanan.

4) Racun penyembur cicak

Beli sahaja racun penyembur cicak dari kedai. Semburan penghalau ini mengandungi bahan toksik yang boleh membasmi cicak. Sembur saja jika ternampak haiwan perosak ini di dinding.

Seeloknya gunakan bakul sampah berpenutup untuk mengelakkan kehadiran cicak. Gambar hiasan

5) Jaga kebersihan

Orang kata, lebih baik mencegah daripada merawat. Seperti yang diketahui, cicak gemar makan sisa makanan atau lauk pauk lebih-lebih lagi yang tidak bertutup. Jadi, seeloknya pastikan makanan anda disimpan rapi di tempat yang selamat, usah biarkan pinggan mangkuk kotor di dalam sinki, guna bakul sampah berpenutup dan pastikan meja makan bersih daripada sisa makanan. Semoga bermanfaat!

BACA:

Kantoi pasang skandal di pejabat, View Chin tampil mohon maaf undang reaksi netizen

Gara-gara berbogel di Bali sekali lain yang jadi dengan pelancong Rusia ini