Rupanya BMW ada teknologi macam VTEC dipanggil VANOS, apa itu VANOS?Sekiranya Tuan-Tuan pemilik mahupun peminat BMW, mungkin ada yang pernah dengar istilah VANOS.
Ayat seperti diatas mungkin pernah atau selalu didengari di dalam komuniti BMW lebih-lebih lagi komuniti BMW E46, E60 dah lebih lama.
Hari ini kami terangkan sedikit sebanyak tentang VANOS.
VANOS merupakan akronim kepada ❞𝐕𝐚𝐫𝐢𝐚𝐛𝐥𝐞 𝐍𝐨𝐜𝐤𝐞𝐧𝐰𝐞𝐥𝐥𝐞𝐧 𝐒𝐭𝐞𝐮𝐞𝐫𝐮𝐧𝐠❞. Apa benda ni ?
VANOS merupakan sistem ❞𝐕𝐚𝐫𝐢𝐚𝐛𝐥𝐞 𝐕𝐚𝐥𝐯𝐞 𝐓𝐢𝐦𝐢𝐧𝐠❞ yang dibina oleh BMW. Sistem ini berfungsi untuk melaras pemasaan bukaan injap. Kesannya adalah prestasi enjin kecekapan bahanapi dan kadar emisi akan bertambah baik.
Sistem VANOS menggunakan “Hydraulic Actuator” untuk mengubah posisi “Camshaft Sprocket”. Apabila posisi “Camshaft Sprocket” diubah, secara tidak langsung pemasaan bukaan injap juga akan terkesan.
Ketika kelajuan rendah, pemasaan bukaan injap akan dilambatkan sedikit dimana kesannya ialah ia membantu enjin untuk berada dalam keadaan yang stabil ketika melahu. Pada situasi yang sama juga campuran udara dan bahanapi dapat dikurangkan daripada masuk ke kebuk pembakaran sekaligus menjimatkan oenggunaan bahanapi.
Ketika kelajuan tinggi, pemasaan injap akan dipercepatkan sedikit dimana kesannya ialah enjin mampu memberikan daya kilas dan kuasa yang lebih baik, meningkatkan kecekapan penggunaan bahanapi dan juga emisi. Pada masa yang sama, sistem VANOS juga melaras pemasaan injap supaya mengelakkan berlakunya “Valve Overlap” yang akan memberi kesan buruk kepada prestasi dan emisi enjin.
Sistem ini buat pertama kali dilengkapi pada enjin berkod 𝐌𝟓𝟎𝐁𝟐𝟎𝐓𝐔 bersesaran 1,991cc(2.0L) pada tahun 1992. Enjin ini dilengkapi dengan “Single VANOS” dimana sistem ini mengawal pemasaan injap masukan sahaja. Dengan bantuan sistem ini, enjin ini mampu menghamburkan kuasa sebanyak 148hp pada 5,900rpm dan daya kilas sekuat 190Nm pada 4,200rpm.
Hmm. Macam tak banyak je. Tapi ini tahun 1992 ye Tuan-Tuan. Kira okay lah ni.
Enjin ini boleh didapati di ruangan enjin jentera
* BMW E36 320i 1992-1994
* BMW E34 520i 1992-1996
Kita cerita pula tentang “Double VANOS”. Mudah sahaja, jika “Single VANOS” merupakan sistem pemasaan injap yang dilengkapi pada injap masukan sahaja. “Double VANOS” pula merupakan sistem pemasaan injap yang dilengkapi pada kedua dua injap masukan dan juga ekzos.
Fungsinya tetap sama iaitu mengawal pemasaan injap. Jika satu sudah baik, dua pastinya lebih baik.
Enjin pertama BMW yang dilengkapi dengan sistem “Double VANOS” ialah enjin berkod 𝐒𝟓𝟎𝐁𝟑𝟐 bersesaran 3,201cc(3.2L) yang diproduksikan pada tahun 1995 dan dilengkapi pada jentera BMW E36 M3. Dengan bantuan sistem “Double VANOS” ini, enjin ini mampu menghamburkan kuasa sebanyak 321hp pada 7,400rpm dan daya kilas sekuat 350Nm pada 3,250rpm. Kuat bukan ?
Sekarang kebanyakan enjin BMW dilengkapi dengan sistem VANOS. Dan ada diantaranya dilengkapi dengan sistem “Valvetronic”.
“Valvetronic” ? Apa tu ? Mudah. Dia macam VTEC pada Honda & NEO VVL pada Nissan. Kita kupas pada artikel mendatang.
Jadi Tuan-Tuan, harap jelas lah tentang maksud sebenar VANOS. Dah boleh periksa tuang enjin masing-masing tengok ada ke tiada VANOS tu.
Sekiranya anda pemilik BMW dan masih mencari bengkel yang tahu serba serbi tentang BMW boleh datang ke premis kami yang bertempat di :-
BACA:
Kenapa buah-buahan dari Thailand selalu ada tak kira musim, rupanya ini rahsia mereka
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio