Ada ahli parlimen dari DAP dah berpuasa sejak 10 tahun lalu? Ini punca dia ikut puasa tiap Ramadan.
Berpuasa merupakan salah satu ibadah yang ditunaikan oleh umat Islam di bulan Ramadan selama sebulan, di seluruh dunia.
Tapi, puasa ini sebenarnya tak tertakluk kepada orang Islam sahaja.
Setiap agama juga mempunyai versi berpuasa mereka sendiri. Contohnya seperti agama Hindu dengan beberapa jenis puasa berlainan pada keraian waktu tertentu,
Kristian yang berpuasa pada 40 hari sempena musim Lent, dan yang jarang didengari, agama Baha’i yang berpuasa 19 hari pada bulan Ala, iaitu bulan terakhir dalam kalendar Baha’i.
Apa pun cara berpuasa setiap agama, kesemuanya mempunyai kepercayaan tersendiri yang harus kita hormati.
Berbalik kepada berpuasa di bulan Ramadan, umat Islam diwajibkan berpuasa di bulan mulia ini untuk belajar mengawal nafsu, menyucikan jiwa, dan dalam masa yang sama memahami kepayahan orang susah yang kurang bernasib baik.
Perkara inilah yang menarik minat salah seorang MP berbangsa Cina dari DAP, iaitu Tan Hong Pin. Merupakan MP Bakri sejak November lepas, beliau bukanlah baru baru berjinak-jinak untuk berpuasa. Sebaliknya, ia sudah menjadi kebiasaan beliau sejak di zaman kampus lagi.
Tan Hong Pin bersiap untuk bersahur di rumah rakannya, Faizul, yang mengetahui beliau berpuasa pada setiap Ramadhan.
Bagi bekas EXCO Johor ini juga, ia bermula dengan cubaan berpuasa hanya satu hari iaitu pada 1 Ramadan dan tahun-tahun seterusnya, beliau kemudian mencabar diri. Amalan puasa itu kemudian dinaikkan pula selama seminggu bermula lebih kurang 10 tahun yang lepas.
Setelah lama mengamalkan ibadah puasa dalam bulan Ramadan, beliau mendapati bahawa berpuasa langsung tidak mengganggu kerja-kerja rutinnya walaupun terpaksa berlapar dan dahaga untuk seketika.
Amalan berpuasa juga tidak mengurangkan produktiviti beliau, lebih-lebih lagi dengan sidang parlimen yang sedang berlangsung pada ketika ini.
Lagipun, bagi beliau kerja-kerjanya sebagai MP bukanlah kerja kasar, jadi berpuasa ini tidak mengurangkan produktiviti. Ia lebih kepada bersolidariti bersama rakan-rakan Muslim yang lain pada bulan mulia ini.
Apabila ditanya tentang juadah berbuka, baginya, dia tiada juadah kegemaran, dan hanya sekadar makan apa yang ada.
Inilah sebenarnya tujuan berpuasa, iaitu untuk menahan diri bukan saja dari lapar dan dahaga, tapi dengan tidak mengikut hawa nafsu dan makan secara berlebihan – sekaligus, memahami erti puasa itu sendiri.
Justeru, beliau menyeru rakan-rakan bukan Islam untuk turut cuba berpuasa bersama-sama sekurang-kurangnya sehari bagi memahami dan merasai sendiri amalan umat Islam yang berpuasa pada ketika ini.
Sumber: https://harapandaily.com/kenapa-mp-dap-ini-berpuasa-sejak-lebih-10-tahun-lalu/
Kenapa buah-buahan dari Thailand selalu ada tak kira musim, rupanya ini rahsia mereka
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio