Macam ini pun ada? Gara-gara bakal suami tak hafal sifir dua, wanita ini batalkan perkahwinan

Oleh INFORAKYAT

Macam ini pun ada? Gara-gara bakal suami tak hafal sifir dua, wanita ini batalkan perkahwinan.

Jika ingat balik zaman sekolah kita, biasanya di sekolah dulu kita akan disuruh oleh cikgu untuk menghafal sifir dari sifir 1 hingga sifir 12.

Perkahwinan Batal Gara-gara Pengantin Lelaki Gagal Hafal Sifir Dua

Macam ini pun ada? Gara-gara bakal suami tak hafal sifir dua, wanita ini batalkan perkahwinan

Hampir setiap kali masuk kelas ketika mula belajar darab, cikgu akan pilih atau suruh seorang-seorang untuk mernyebut sifir dan di kelas.

Biasanya sebab takut kena kena ‘hukum’ oleh cikgu sebab gagal hafal sifir, maka murid-murid biasanya akan cuba menghafal dan mengingat sifir-sifir tersebut. Biasanya apabila meningkat dewasa, kita akan sudah mampu mengingat sifir-sifir ini.

Baru-baru ini tular mengenai satu perkahwinan di luar negara, pengantin perempuan membatalkan perkahwinannya sendiri gara-gara pengantin lelaki gagal menghafal sifir dua!

Kejadian itu berlaku di Mahoba, India. Pengantin lelaki sudahpun tiba di dewan perkahwinan bersama dengan rombongan daripada pihak lelaki.

Perkahwinan Batal Gara-gara Pengantin Lelaki Gagal Hafal Sifir Dua

Walaubagaimanapun, pengantin perempuan berasa ragu-ragu dengan kelayakan akademik bakal suaminya dan memintanya menyebut sifir dua sebelum kalaungan bunga ditukarkan. Pertukaran kalung bunga adalah tanda bermulanya acara perkahwinan.

Sebelum ini pengantin perempuan memang ada mengesyaki keluarga pihak lelaki menipu berkenaan dengan kelayakan akademik bakal suaminya.

Pengantin lelaki ternyata gagal menghafal sifir dua dan sejurus selepas itu, pengantin perempuan terus bangun dan meninggalkan dewan perkahwinan.

Ahli keluarga pengantin perempuan cuba memujuknya untuk meneruskan perkahwinan namun dia bertegas tidak mahu mengahwini lelaki yang tidak tahu asas matematik.

Perkahwinan Batal Gara-gara Pengantin Lelaki Gagal Hafal Sifir Dua
Foto Hiasan
“Keluarga pengantin lelaki tidak memberitahu kami dengan tepat tentang tahap pendidikannya. Mungkin juga dia tidak pernah ke sekolah,” kata sepupu pengantin perempuan.

Akhirnya kedua-dua keluarga bersetuju perkahwinan dibatalkan dan sepakat untuk sama-sama memulangkan hadiah perkahwinan. Menurut sumber, perkahwinan tersebut adalah perkahwinan yang diatur oleh kedua-dua belah keluarga.

BACA:

Tahun lepas kecoh sampai ada yang pengsan masa beratur, ini keadaan terkini Chef Ammar

“Perutku diusap kawan-kawan, aku diam, 7 tahun berlalu, pertanyaan anak aku buat aku terduduk menyesal”