Tamatlah teka teki bila nak kahwin, Shuib dan Watie umum tarikh nikah

Oleh INFORAKYAT

Tamatlah teka teki bila nak kahwin, Shuib dan Watie umum tarikh nikah.

Menamatkan teka teki hubungannya bersama Watie Hanifiah, akhirnya pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu mengakui bakal mendirikan rumah tangga dengan usahawan itu pada Jun depan.

Kata Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 38, persiapan perkahwinannya bersama wanita kelahiran Perak itu sudah berjalan sebanyak 30 peratus.

Tamatlah teka teki bila nak kahwin, Shuib dan Watie umum tarikh nikah

“Insya-Allah, majlis akan berlangsung selepas raya iaitu pada Jun depan. Nanti saya akan beritahu tarikhnya.

“Persiapan dari segi dewan sudah dilakukan. Saya akan menjalankan majlis pernikahan dan persandingan. Tetapi, dari segi busana belum lagi.

“Saya tak mahu majlis pernikahan terlalu meriah, tak mahu juga terlalu kecil-kecilan kerana memikirkan ahli keluarga.

“Ini adalah perkahwinan pertama Watie, jadi sudah tentu keluarga mahu majlis meriah meraikan kami.

“Saya harap dapat buat majlis sederhana dan bermakna, jadi semua akan gembira,” katanya kepada BH Online.

Shuib berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Melakar Pahala Warnai Raya Suria FM di sebuah hotel, di sini, semalam.

Ditanya perasaan Watie, penyampai radio Suria FM itu berkata, bakal isterinya gembira, namun pada masa sama tidak menafikan cabarannya.

“Bakal isteri sangat gembira. Dengan apa yang dilalui, perjalanannya bagaimana. Dalam masa yang sama, berat juga untuk Watie berada di situ, tetapi saya berharap semoga Allah mempermudahkan.

“Anak-anak selesa dengan Watie. Alhamdulillah, keluarga pun selesa. Saya rasa itu salah satu anugerah.

“Mungkin sebelum ini ada isu yang tak beberapa sedap dengar. Tetapi sekarang apabila Allah sudah memudahkan proses itu, mungkin benda ini sangat baik.

“Saya harap ia akan berjalan dengan cukup baik.

“Saya pula sudah tentu berdebar, tetapi bila saya tengok anak-anak, saya rasakan perlukan seseorang untuk ada bersama saya,” katanya.

Justeru, Shuib mengakui dengan adanya Watie, dia mampu mempunyai sistem sokongan yang baik, namun menegaskan arwah isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin tetap tiada galang gantinya.

“Kita tahu kebolehan dan kemampuan saya, jadi bila ada orang sudi bersama saya, ia satu pemberian Allah.

“Saya tak tahu masa hadapan macam mana, tetapi sudah tentu saya mahukan yang baik-baik. Jadi, saya berharap semuanya dipermudahkan Allah.

“Saya perlukan sistem sokongan yang baik kerana saya tak tahu bagaimana untuk berseorangan dan sendirian,” katanya.

Shuib berkata, dia suka meriah, gembira, ramai-ramai dan jemput orang datang rumah, jadi apabila bersendirian, itu bukan dirinya.

“Saya seorang yang berkeluarga, saya suka keluarga, lagi besar keluarga, lagi saya gembira. Bila sudah ada peluang macam ini, bila Allah sudah hadirkan orang yang sudi duduk dengan saya, jaga anak-anak dan jaga saya juga, saya kena hargai, insya-Allah,” katanya.

Shuib menyifatkan Watie adalah wanita sangat baik kepada anak-anak dan orang tuanya.

Malah, kata Shuib, ibunya sendiri sangat menyukai keperibadian Watie.

“Arwah Siti Sarah tidak akan boleh diganti. Tetapi, hampir 20 peratus sisi Watie sama seperti arwah.

“Saya hargai bagaimana Watie menjaga anak-anak saya. Itu yang mahal.

“Saya nampak Watie boleh jadi ibu yang baik, insya-Allah. Saya nampak usaha yang Watie berikan kepada ibu saya, mentua dan anak-anak saya,” katanya.

Terdahulu, Shuib kehilangan arwah Siti Sarah yang meninggal dunia akibat COVID-19 pada 9 Ogos 2021.

Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 8, dan Ayash Affan berusia setahun lima bulan.

BACA:

Rupanya pengasas Utusan ialah Presiden Singapura yang pertama, ini cara beliau naik jadi Presiden

Bengang kena sidai dekat 4 jam, wanita ini dedah perangai sebenar Janna Nick