Kenapa kebanyakan negara di Eropah tak banyak bangunan pencakar langit? Ini sebabnya

Oleh INFORAKYAT

Kenapa kebanyakan negara di Eropah tak banyak bangunan pencakar langit? Ini sebabnya.

Negara atau bandar di Eropah seperti Rom di Itali, St. Petersburg dan Amsterdam masih mengekalkan tradisi bangunan berketinggian rendah

meskipun mereka merupakan negara dengan kepadatan penduduk yang tinggi serta mempunyai tahap ekonomi yang lebih baik melebihi negara lain.

Kenapa kebanyakan negara di Eropah tak banyak bangunan pencakar langit? Ini sebabnya

Anggapan kita, “kenapa negara diorang ni kalau dah tahu kaya, kenapa bina rendah-rendah lagi bangunan, kan bangunan tinggi menonjolkan kemegahan?”

Anda turut merasa hairan dengan kekurangan pencakar langit yang memenuhi ruang dibandaraya mereka terutama sekali di Eropah.

Keadaan ini berbalik kepada persaingan kebudayaan serta kefahaman terhadap konsep senibina serta perancangan bandar antara dua negara ini iaitu negara Eropah dan Amerika Syarikat. Dengan kemajuan teknologi dari Revolusi Perindustrian yang berlaku pada 1850an melihat kepada perkembangan pengunaan keluli dan konkrit diperteguh (Reinforced Concrete) sebagai bahan baru didalam pembinaan bangunan tinggi.

Melihat akan kemajuan teknologi ini, rakyat di Amerika melihat kemajuan teknologi pembinaan pencakar langit sebagai batu penanda aras kemajuan tamadun, didalam keadaan ini rakyat Amerika melihat sistem pembinaan serta corak senibina di Eropah yang bersifat Renaissance dan gaya lama sebagai telahpun ketinggalan. Oleh itu, kedua-dua negara ini bermula menetapkan haluan kefahaman rekabentuk bangunan mereka tersendiri.

Mengorak ke era P3rang Dunia Kedua, setelah banyak kota-kota di sekitar Eropah seperti London teruk dibom oleh Jerman pada era P3rang Dunia Kedua, penduduk di Eropah mengambil kesempatan ini untuk mereka semula bandar mereka yang musnah akibat bedilan selepas perperangan berakhir. Arkitek, jurutera, perancang bandar menyusun atur kesemua rekabentuk bangunan agar sejajar dan harmoni.

Daripada menolak tepi unsur senibina lama mereka, mereka memasukkan unsur-unsur tersebut agar diseragamkan kepada semua bangunan baru mahupun lama yang dibina semula, mewujudkan kesan harmoni did alam rekabentuk bangunan mereka.

Mereka cuba sedaya upaya mengekalkan identiti senibina dan budaya setempat mereka supaya menwujudkan keunikan didalam aspek perancangan senibina dan rekabentuk yang dilakukan serta memenuhi kehendak penduduk setempat. Dek kerana nilai penduduk yang kurang akibat ramai yang meninggal dunia akibat dibom, kehendak untuk bangunan tinggi turut tidaklah banyak dan hampir tidak wujud.

Manakala, bandar bersejarah seperti Rom di negara Itali yang mempunyai latar belakang sejarah lebih 2,000 tahun, kerajaan mereka tidak membenarkan pembinaan pencakar langit, ini kerana pemandangan bangunan pencakar langit menghilangkan kesan sejarah dibandar tersebut malahan merosakkan nilai kebudayaan masyarakat setempat akibat saiz bangunan yang agak kontra dengan bangunan vernacular yang terdapat di setempat.

BACA:

‘Tiket flight macam tiket bas dia buat’, Azhar Sulaiman pening Leona balik dari UK hanya nak pergi bazar ramadhan TTDI

Ini 5 ‘dalil’ tak masuk akal pemimpin politik buat rakyat bengang bila ingat!