Ini taktik licik IKEA yang berjaya tepis gerakan boikot buat ramai tertanya-tanya

Oleh INFORAKYAT

Ini taktik licik IKEA yang berjaya tepis gerakan boikot buat ramai tertanya-tanya.Baru-baru ini seruan untuk memboikot produk daripada Sweden seperti Ikea dan H&M telah dilancarkan oleh sesetengah pihak.

Semuanya berpunca daripada tindakan seorang ahli politik Sweden yang membakar kitab suci Al-Quran secara terang-terangan.

Kejadian mendapat kecaman daripada umat Islam seluruh dunia. Kerajaan Sweden pulak hanya mampu berdiam diri sahaja.

Ini taktik licik IKEA yang berjaya tepis gerakan boikot buat ramai tertanya-tanya

Persoalannya macam mana Ikea nak atasi masalah boikot dekat Malaysia? Ye lah orang kita bila boikot, memang kosong terus kedai itu.

Untuk kita boleh tengok peristiwa yang melanda Mekdi pada sekitar tahun 2013 atau 2014. Ketika itu Israel telah menyerang Palestin secara besar-besaran. Pelbagai kecaman telah diberikan oleh rakyat dan negara Islam terhadap tindakan terkutuk Israel. Macam biasa, Israel cuma pekakkan telinga sebab deme tahu kecaman ini tidak beri apa-apa kesan pun.

Di Malaysia pulak telah timbul satu dakwaan bahawasanya Mekdi merupakan antara penyumbang dana kepada Israel. Bermakna segala senjata yang membedil Palestin itu terdapat sedikit sebanyak dana daripada Mekdi. Bila berita ni tersedar terus kecoh satu Malaysia.

Sebab Mekdi merupakan antara rangkaian makanan segera terbesar di Malaysia. Malah Mekdi menjadi tempat lepak anak-anak muda dan ibu-bapa yang nak bawa anaknya makan. Bermula daripada tersebarnya dakwaan tersebut, Mekdi terus diboikot oleh hampir keseluruhan rakyat Malaysia.

Rakyat Malaysia punya boikot memang bersungguh-sungguh. Mekdi yang sebelum ini terlalu padat, terus jadi kosong macam tempat yang dalam lama ditinggalkan. Orang pun takut yang singgah makan di sana sebab akan dituduh bersekongkol dengan Israel.

Berita baik untuk korang! Buku-buku kami sekarang kami nak bagi diskaun untuk habiskan stok. Ini peluang korang beli di Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia
Paling teruk sekali Mekdi terdedah dengan vandalisme. Katanya itu sebagai balasan atas dana yang diberikan kepada Israel. Para pekerja juga tidak terlepas daripada kecaman dan cacian oleh segelintir rakyat Malaysia.

Bagi memastikan gelombang boikot ini tidak membesar sehingga menjejaskan perniagaan, mereka telah mengeluarkan kenyataan bahawa Mekdi Malaysia tiada kaitan dengan pemberian dana kepada Israel. Mekdi Malaysia bukan beroperasi di bawah mana-mana syarikat daripada Israel.

BACA:

‘Tiket flight macam tiket bas dia buat’, Azhar Sulaiman pening Leona balik dari UK hanya nak pergi bazar ramadhan TTDI

‘Tak logik jalan kaki 3 hari sampai KL, KOMANDO pun pencen macam ni’, netizen persoal Noorazlan