Ini punca ikan sebelah boleh hidup dengan hanya berbadan sebelah yang ramai tak tahu

Oleh INFORAKYAT

Ini punca ikan sebelah boleh hidup dengan hanya berbadan sebelah yang ramai tak tahu.

Ikan sebelah, lidah ataupun sisa nabi merupakan salah satu spesies hidupan laut yang sangat unik.

Sebab ikan sebelah ni cuma adalah sebelah badan je dan cara dia berenang sebijik macam ikan pari.

Ini punca ikan sebelah boleh hidup dengan hanya berbadan sebelah yang ramai tak tahu

Senang cerita ikan sebelah ni berenang secara mengiring dan bukan menegak macam ikan-ikan lain.

Tapi apa yang peliknya, ikan sebelah masa mula-mula lahir normal je. Dia boleh je berenang macam biasa. Masalahnya bila dah jadi dewasa, fizikal dan cara renang ikan sebelah ni terus berubah.

Ikan sebelah dengan mata dan mulut yang sangat pelik

Elok-elok boleh berenang menegak, jadi ikan pari. Fizikal dia pulak berubah sehingga hanya sebelah badan je serupa macam ikan. Sebelah lagi terus bertukar menjadi warna jernih. Bukan setakat itu je, kedudukan mata dan hidung ikan sebelah turut berubah.

Persoalannya kenapa ikan sebelah cuma ada sebelah badan?

Pada mulanya, perubahan fizikal ikan sebelah ini amat memeningkan kepala saintis. Macam tak ada sebab munasabah pulak untuk ikan sebelah ni berubah daripada bentuk biasa kepada bentuk sebelah.

Untuk itu, Manfred Schartl daripada University of Würzburg dan Songlin Chen daripada Yellow Sea Fisheries Research Institute in China bekerjasama bagi mengenal pasti fenomena yang dihadapi oleh ikan sebelah.

Berita baik untuk korang! Buku-buku kami sekarang kami nak bagi diskaun untuk habiskan stok. Ini peluang korang beli di Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia
Hasil akhir kajian mereka mendapati asid retinoik yang wujud dalam badan ikan sebelah menyebabkan warna pigmen kulit berubah kepada jernih. Apabila asid retinoik bertindak balas dengan hormon tiroid, kedua-dua mata dan hidung mula berpindah ke kawasan sebelah.

Seterusnya cahaya juga menjadi elemen yang sangat penting dalam perubahan daripada bentuk ikan biasa kepada ikan sebelah. Caranya adalah cahaya itu tadi akan mempengaruhi kepekatan asid retinoik dalam badan ikan sebelah. Jika asid retinoik semakin pekat, ia akan bertindak balas begitu cepat dengan hormon tiroid. Maka dari situ terhasil lah ikan sebelah.

Sekarang ni bagaimana pula ikan sebelah berubah daripada bentuk normal ke bentuk sebelah?

Selepas dilahirkan, rupa anak ikan sebelah sama je macam ikan biasa. Mereka berenang dengan sangat normal tanpa kelihatan pelik. Malah mungkin kita sendiri pun tak kenal itu sebenarnya adalah anak ikan sebelah. Beberapa minggu kemudian, anak ikan sebelah ni akan berpindah dari kawasan perairan terbuka kepada dasar laut.

Disinilah perubahan mula terjadi, ikan ini akan kehilangan pigmen kulit pada bahagian sebelah. Lagi sebelah masih normal seperti biasa. Secara perlahan-lahan corak renangan ikan sebelah mula berubah daripada renang secara menegak kepada mengiring.

Apa yang paling unik sekali adalah perubahan mata ikan sebelah. Masa kecik dulu, mata deme serupakan macam ikan biasa iaitu terletak di bahagian sisi kanan dan kiri. Apabila sudah dewasa, otot dalam salah satu mata ikan sebelah ni akan mengembang.

Hal itu membuatkan kedudukan mata ikan sebelah mendekati mata yang lain. Kemudian, satu tulang tambahan akan tumbuh untuk menolak mata ikan sebelah ke atas sikit. Lebih kurang macam mata ikan pari juga. Proses itu akan membolehkan ikan sebelah memiliki pandangan yang lebih luas untuk mencari makanan dan lari daripada mangsa.

Bagi anggota tubuh yang lain macam mulut masih lagi sama tapi agak pelik sedikit. Sebab mulut ikan sebelah ni lebih kurang je seperti ikan biasa dengan dua mata yang berada di sisi yang sama. Kalau macam ikan pari tu okay lah juga, tak ada lah pelik sangat

BACA: 

‘Tiket flight macam tiket bas dia buat’, Azhar Sulaiman pening Leona balik dari UK hanya nak pergi bazar ramadhan TTDI

Tengku Razaleigh hampir jadi mangsa konspirasi nahas Sabah Air ‘Double Six’, rupanya ini punca dia boleh selamat