‘Steady mat cara geng offshore solat terawih’, perkongsian cara solat atas kapal undang reaksi netizen.
Setiap kali tibanya bulan Ramadan, solat tarawih adalah ibadah yang paling dinantikan oleh umat Islam
Walaupun hukum menunaikan solat tarawih adalah sunat, namun ramai yang tidak mahu ketinggalan untuk merebut pahala berganda di bulan yang mulia ini.
Lain pula dengan situasi yang dikongsi oleh seorang individu ini apabila sekumpulan jemaah lelaki menunaikan solat tarawih di atas kapal dalam keadaan terhuyung-hayang telah mencuri tumpuan ramai.
Gigih imbang badan sambil solat gara-gara kapal dilambung ombak
Menerusi perkongsian klip berdurasi 15 saat daripada @popeyeee1234, kelihatan jemaah lelaki tersebut sedang solat tarawih bersama-sama di atas sebuah kapal.
Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila mereka dilihat terhuyung-hayang ke depan dan ke belakang supaya tidak terjatuh semasa solat.
Hal itu berlaku kerana mereka terpaksa mengawal graviti badan kerana kapal yang dinaiki sedang dilambung ombak kuat. Meskipun situasi itu kelihatan sangat sukar, mereka tetap meneruskan ibadah membuatkan ramai kagum.
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mencecah sehingga 13M tontonan, 1.3M tanda suka serta 103K perkongsian di laman TikTok
@popeyeee1234 Tarawih dikapal , sambil mempertahankan gaya gravitasi bumi wkwk #dibawahlangitmu #pelaut #fyp #fypシ #viraltiktok #ramadhan2023 #ramadhan #puasa #ramadhankareem ♬ suara asli – Shop of popeye
Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet kagum melihat cara mereka solat dalam keadaan seperti itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
BACA:
‘Tak logik jalan kaki 3 hari sampai KL, KOMANDO pun pencen macam ni’, netizen persoal Noorazlan