Tentera Israel buat hal lagi! Pemain bola sepak kelab Palestin mati ditembak

Oleh INFORAKYAT

Tentera Israel buat hal lagi! Pemain bola sepak kelab Palestin mati ditembak.

Pakar perubatan Palestin berkata bahawa tentera Israel menembak mati seorang pemain bola sepak kelab Palestin berusia 23 tahun dan mencederakan lima yang lain

semasa konfrontasi di wilayah Tebing Barat semalam, lapor portal berita Al Jazeera.

Tentera Israel buat hal lagi! Pemain bola sepak kelab Palestin mati ditembak

Ahmed Daraghmeh cedera parah apabila penduduk Palestin berbalas tembakan dengan tentera Israel yang menyerbu bandar Nablus untuk mengiringi sejumlah penduduk Israel ke tapak yang dianggap mereka sebagai Makam Joseph di bandar tersebut.

Bunyi tembakan kedengaran dalam video amatur yang dirakamkan penduduk Palestin dari tingkap mereka.

Daraghmeh berasal dari bandar Tubas, manakala media Palestin melaporkan bahawa dia bermain bola sepak untuk kelab Liga Perdana Tebing Barat, Thaqafi Tulkarem.

Laman web bola sepak Arab popular, Kooora menyenaraikannya sebagai penjaring terbanyak untuk pasukannya pada musim ini dengan meledakkan sebanyak enam gol.

Tidak jelas sama ada dia mengambil bahagian dalam konfrontasi itu.

Hamas yang menguasai Semenanjung Gaza berkata bahawa Daraghmeh adalah anggota pergerakan tersebut tetapi tidak menyatakan sama ada dia terlibat dalam pertempuran yang menyebabkannya terkorban.

BACA:

“Budak ini baik jaga mulut”, Zuraida beri amaran pada ahli parlimen Machang

Sangat licik! Ini cara anak Hamzah Zainudin sakau duit subsidi minyak masak yang rakyat tak sedar