Tun Fuad Stephen mangsa nahas ‘Double Six’, siapa sebenarnya dia? Ini latarbelakang beliau. Tun Datuk Hj. Mohammad Fuad Stephens telah dilahirkan pada 14 September 1920.
Beliau merupakan anak kepada Jules Stephens Pavitt dan Edith Cope. Beliau mempunyai enam orang adik-beradik
Berdarah kacukan kadazan British(sebelah bapa) dan Jepun-British(sebelah ibu) mendapat pendidikan awal di Sekolah Lelaki St.Mary Sandakan
Tun Hj. Mohammad Fuad berkahwin pada tahun 1950 dengan Ida (meninggal dunia pada April 1957) dan dikurniakan seorang anak bernama John Benedict (Johari) yang dilahirkan pada tahun 1952.
Beliau kemudiannya berkahwin dengan Toh Puan Rahimah (Cecilia June Lutter) pada 8 Februari 1958.Mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Affandy (Richard Bernard-1958), Asgari (James Denis-1960), Faridah (Jean Heather-1962) dan Fauziah (Aimah Eluk-1964).
Tun Fuad pernah menerima pendidikan di St.Mary’s Boys School, Sandakan; Sekolah St. James di Kudat; Sekolah Vernakular di Keningau dan Sekolah Sacred Heart di Jesselton. Beliau merupakan seorang yang periang dan aktif di sekolah dan merupakan pemenang Biasiswa Chee Swee Ching. Tun Fuad boleh bertutur dan menulis dalam bahasa Melayu dan Inggeris, selain boleh bertutur dalam bahasa Bajau dan Hakka.
Tun Fuad mula bekerja sebagai guru. Pada tahun 1941, beliau berhenti untuk pergi ke Singapura kerana ingin memasuki Latihan Udara British, tetapi beliau tidak berjaya. Beliau kemudian berkhidmat dengan Syarikat Straits Trading Company di bawah pengurusan Sir John Bagnell. Seterusnya beliau memasuki Pasukan Pertahanan Singapura (Volunteer Force) dan bekerja di sebuah Restoran Jepun di Singapura sehinggalah penaklukan Jepun ke atas Tanah Melayu, Singapura dan Borneo.
Selepas Perang Dunia Kedua tamat pada tahun 1945, Tun Fuad bekerja sebagai kontraktor membekalkan kayu balak untuk kerja-kerja pembangunan kepada Jabatan Kerja Raya. Selepas itu, beliau telah menjadi pemberita bagi North Borneo News (NBN) di Daerah Pantai Barat, Borneo Utara.
Seorang yang aktif dan cepat mesra dengan rakan sejak zaman persekolahan. Tun merupakan penulis yang memperjuangkan masyarakat setempatnya dan tidak pernah jemu membantu orang kampung. Beliau melihat seluruh masyarakat peribumi Sabah memerlukan pembelaan sewajarnya. Melalui tulisan dalam ‘North Borneo’ beliau telah membongkar kepincangan pentadbiran British di Sabah dan dasar dasar yang dianggap menindas masyarakat peribumi.
Pada tahun 1953, Tun Fuad menubuhkan The Sabah Times. Beliau telah menggabungkan North Borneo News dengan The Sabah Times beberapa bulan kemudian dan menamakannya sebagai North Borneo News and Sabah Times.beliau menjadikan akhbarnya sebagai wasilah perjuangan bagi menyedarkan masyarakat anak bangsanya.
Ini menyebabkan hubungan beliau dengan masyarakat, rakyat dan golongan kelas atasan bertambah erat. Beliau juga turut memuatkan pelbagai rencana mengenai kebudayaan kehidupan masyarakat Kadazan yang antara lain menceritakan tentang tradisi, kebudayaan dan juga penindasan yang dialami di negeri sendiri. Beliau telah dilantik sebagai Ahli Majlis Perundangan Negeri pada tahun 1955.
Tun Fuad adalah salah seorang yang memainkan peranan penting dalam membawa Sabah menyertai Malaysia. Beliau merupakan salah seorang daripada ahli yang terlibat dalam perbincangan tersebut termasuk Tunku Abdul Rahman, Ong Kee Hui, iaitu Pengasas Sarawak United People’s Party (SUPP); Lee Kuan Yew, Ghani Gilong dan lain-lain lagi.
Tun Fuad mengasaskan Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO) pada tahun 1961. Beliau terlibat dalam beberapa perundingan tentang penubuhan Malaysia. Tun Fuad ialah seorang ahli Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia.
Pda 1964, beliau merupakan Menteri Sabah yang pertama dilantik menganggotai cabinet Persekutuan Tanah Melayu mengantikan Peter Lo Sui Yin dari Parti Sabah Chinese Association.
Beliau menjadi Menteri Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal dan kebajikan Negeri Sabah. Pada tahun 1973 beliau dilantik ke jawatan tertinggi Sabah sebagai Gabenor(kini dikenali sebagai Yang Di Pertua Negeri) sehingga tahun 1975.
Dalam pilihan raya negeri Sabah pada 5-14 April 1976, Tun Fuad Stephens bertanding atas tiket Berjaya di kawasan N15 Kiulu. Datuk Payar Juman dari USNO . Tun Fuad menang mudah.
Parti Berjaya menewaskan USNO setelah memenangi 28 daripada 48 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Tun Mohd Fuad bersama anggota kabinet mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah dan Menteri Sabah.
Tun Muhammad Fuad Stephens menjadi Ketua Menteri Sabah buat kali kedua, beliau maut, 44 hari selepas pelantikannya, peristiwa kapal terbang yang membawa beliau terhempas.
Ini menamatkan sumbangan anak jati Sabah terhadap bumi tercinta. Sebagai mengenang jasa beliau dalam bidang kewartawanan, Institut Akhbar Malaysia telah menganugerahkan Tun Mohd Fuad Stephens “Tokoh Wartawan Negara” pada 26 Oktober 1998 yang disampaikan oleh YAB Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad.
BACA:
Ini senarai ahli politik yang pakai jam mahal! Tun M punya paling mahal!
Sangat licik! Ini cara anak Hamzah Zainudin sakau duit subsidi minyak masak yang rakyat tak sedar
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio