“Aku pelik ayah keluar masuk hospital, aku curi baca medical report ayah ada HIV rupanya ini dia buat belakang mak”

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

“Aku pelik ayah keluar masuk hospital, aku curi baca medical report ayah ada HIV rupanya ini dia buat belakang mak”Aku bukan pelajar yang cemerlang.

Aku ingat masa umur 7 tahun, aku jenis budak lembap yang tak pandai membaca.

Ayah mula menunjukkan barannya kepada aku setiap kali dia ajar aku.

"Aku pelik ayah keluar masuk hospital, aku curi baca medical report ayah ada HIV rupanya ini dia buat belakang mak"

Kepala aku dilibas dengan buku-buku sebab aku tak pandai. Bila ayah meninggaI, aku seronok sangat. Tapi ibu kahwin pulak buat kali ke-3..

Aku Q, umur 23 tahun. Budak kampung yang tinggal di Lembah Klang. Hari ini aku nak ceritakan tentang keluarga aku yang bahagia tiba-tiba bertukar menjadi malapetaka. Aku seorang budak yang dibesarkan oleh keluarga angkat sejak bayi.

Ibu angkat (aku gelarkan sebagai ibu) aku kahwin 3 kali. Suami pertamanya yang ambil aku sebagai anak angkat kerana ibu mempunyai masalah peranakan yang serius dan tidak berupaya mengandung lagi. Sehingga usia aku 3 tahun, perkahwinan ibu dengan suami pertamanya retak kerana orang ketiga.

Yelah, lelaki mana yang tidak mempunyai keinginan mempunyai zuriat sendiri. Kemudian, ibu proceed kepada perkahwinan keduanya sewaktu aku berusia 6 tahun. Suami keduanya ini aku gelarkan sebagai Ayah. Ayah ni baik orangnya.

Bekerjaya dan bekerja di industri minyak. Ibu juga bekerjaya sebagai kakitangan kesihatan. Hidup kami nampak bahagia waktu ni. Aku pula tidak mempunyai adik-beradik kerana ibu tidak mampu melahirkan anak dan tiada lagi zuriat yang lahir selepas aku hadir ke rumah.

Ayah selalu luangkan masa menghantar aku ke sekolah tadika pada waktu itu. Semuanya nampak ok, sehinggalah usia aku 7 tahun. Aku masih tidak mampu membaca, menulis dan mengenal huruf. Ayah mula menunjukkan barannya kepada aku setiap kali dia mengajar aku 3M (membaca, menulis, mengira).

Kepala aku diIibas dengan buku-buku yang berat berkali-kali kerana aku tidak mampu menjawab soalan yang diberikan. Masuk usia 8 tahun, aku menjadi pelajar cemerlang. Ayah happy, ibu juga happy. Namun, cemerlang mana pun keputvsan peperiksaan aku, ayah tetap dengan barannya, memukuI aku seperti tidak ada hari esok.

Aku pernah ke sekolah dengan kesan birat-birat di badan kerana dipukuI dengan tali pinggang oleh ayah. Alhamdulillah, walaupun begitu, aku masih mampu mengekalkan kedudukan cemerlang aku di sekolah. Masuk usia aku 15 tahun, ayah kerap keluar masuk hospitaI.

Sebagai remaja yang curious dan bercita-cita menjadi seorang pakar perubatan waktu itu, aku curi-curi baca medicaI report ayah dan tertera penyakit ayah. Rupanya ayah menghidap HlV AlDS yang bersulam dengan tubercul0sis dan Hepatitis.

Pada usia aku 15 tahun juga, ayah meninggaI. Baguslah, hati aku gembira, tiada lagi kongkongan. Ibu sibuk dengan kerja dan tiada masa yang banyak dengan aku. LagiIah aku gembira. Aku leka, lalai, PT3 pun aku humban jauh-jauh ke laut dalam.

Namun, nasib masih menyebelahi aku, aku berjaya mendapat keputusan cemerlang pada ujian PT3. Ibu pula semakin hari semakin kurus. Usia aku 16, ibu berkahwin dengan suami ke-3 yang merupakan orang atasan ibu. Di usia aku 16 juga, aku perhatikan ibu semakin tidak sihat.

Dengan suaminya yang ketiga (aku gelarkan pakcik) ini, perkahwinan mereka sepertinya tidak bahagia, suami kali ni jenis yang terlalu cemburu buta engan ibu. Semasa aku menduduki SPM, mereka bergaduh teruk sehingga ada aksi pukul-memukuI.

Jiwa aku tak tenang. Aku buntu nak buat apa. Aku masih ingat, selepas peperiksaan spm, aku pergi ke sungai dan cuba membvnvh diri. Tapi, memikirkan ibu yang masih memerIukan aku, tidak tergamak aku. Usia aku 18, ibu semakin sakit.

Rupanya ibu telah dijangkiti HlV AlDS. Dia makin tenat dan pada waktu itu, aku sedang menyambung pelajaran aku di universiti. Cuti semester, aku pulang menjaga ibu aku dan ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia aku 18 tahun.

Aku terpaksa berhenti belajar dan menguruskan nenek aku yang sudah uzur. Kehidupan aku yang selesa berubah sekelip mata. Aku tiada sumber kewangan, aku berhenti belajar dan tiada siapa mengambil peduli hidup aku dan nenek.

Pakcik makcik aku menolak aku sebagai anak angkat ibu, katanya aku ni orang luar, tak lebih dari itu. Sedihnya bukan kepalang, segala cita-cita aku musnah. Berbekalkan SPM, aku masih mencuba memohon belajar di universiti dan mendapat tawaran yang banyak dari dalam dan luar negara dalam bidang profesional, namun, kemiskinan menghalang aku menyambung pelajaran.

Pernah aku cuba untuk buat pinjaman pelajaran, namun aku tidak layak kerana tiada penjamin. Allahuakbar. Jika ini takdir hidup aku, aku cuba terima. Namun, jauh di sudut hati aku, aku teringin untuk sambung belajar dan perbaiki kehidupan aku.

Kini, aku hidup seorang diri, takut untuk berkahwin, didiagnos dengan beberapa penyakit mental akibat dari trauma dipukul dan membesar dengan pergaduhan ibu bapa, dan struggle hidup yang berpanjangan. Sungguhpun aku keseorangan, aku bersyukur aku tidak terjebak dengan dadah dan berbagai gejala sosial lainnya.

Hal ini adalah kerana, aku tak mahu hidup aku berakhir seperti ayah, merosakkan hidup orang lain dan hidup ibu. Untuk pengetahuan pembaca, ibu kandung aku pula adalah seorang penagih dadah tegar, ayah kandung aku wallahualam.

Aku tak pernah kenal siapa ayah kandung aku. Ibu kandung aku bagaikan kilang anak, bilamana dia beranak banyak-banyak dan buang anak-anaknya merata-rata dan anak-anak tersebut dari sp3rma yang berbeza-beza.

Sama seperti cerita yang pernah kita baca di Baitus Solehah. Situasi ini cukup membuat aku untuk tidak terjebak dengan dadah. Dadah pemusnah negara. Jagalah diri dan maruah. Jangan kerana marah, memberontak dan putus asa, dadah dijadikan mainan dan tempat mencari ketenangan.

Carilah sahabat-sahabat yang baik dan berwawasan yang boleh membawa kepada kehidupan yang lebih baik. Dan, dadah telah memusnahkan kebahagiaan aku, membuatkan aku hidup sebatang kara dan maruah keluarga aku tercemar.

Ibu angkat aku bukan seorang jahat, dia bekerjaya, wanita normal dan ikut tarbiyah. Namun, kerana suami yang kaki dadah, segalanya musnah. Musnah kehidupan anak beranak. Musnah masa depan. Musnah segalanya. – Q (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Siti Sariff : Ya Allah, akak terkesan sangat dengan hidup awak Q. Besarnya dugaan hidup awak. Namun, awak ada bekalan yang Allah berikan iaitu ilmu, kebijaksanaan, ketabahan dan kekuatan. Gunakan kelebihan-kelebihan itu untuk bangkit dan melindungi dirimu daripada anasir tidak elok yang boleh menjahanamkan hidup awak yang sememangnya sudah sangat mencabar. Salute to you, Q. Tak pasti Q lelaki atau perempuan. Semoga Allah memelihara dan memudahkan perjalanan hidupmu, dik.

Azie Azem : Siannya awak dik, tak semestinya takde keluarga, tak boleh berjaya, mesti sunyi hidup awak, jati diri kuat, acik nasihatkan awak terus bekerja dan kumpul duit, ramai je yang berjaya walau sebatang kara, teruskan jadi baik, jangan tinggal solat, masa yang terluang pegi beriadah, jogging pon ok dik, duduk sorang memang boleh jadi mentaI, semoga awak berjaya suatu hati nanti.

Mashitah Mashie : Sedihnya perjalanan hidup awak dik tapi akak Rasa kagum sangat sebab awak berjaya harungi setiap episod duka ni sehingga hari ini. Tu ada sorang abang tu nak offer tolong awak. Jangan lupa pm dia.

Akak doakan semoga Allah permudahkan segala urusan awak di dunia dan akhirat dan segala ujian yang awak harungi selama ini Allah ganti dengan sesuatu yang paling Indah dalam hidup awak ya dik. Take care Q.

Komen Warganet :

Siti Sariff : Ya Allah, akak terkesan sangat dengan hidup awak Q. Besarnya dugaan hidup awak. Namun, awak ada bekalan yang Allah berikan iaitu ilmu, kebijaksanaan, ketabahan dan kekuatan. Gunakan kelebihan-kelebihan itu untuk bangkit dan melindungi dirimu daripada anasir tidak elok yang boleh menjahanamkan hidup awak yang sememangnya sudah sangat mencabar. Salute to you, Q. Tak pasti Q lelaki atau perempuan. Semoga Allah memelihara dan memudahkan perjalanan hidupmu, dik.

Azie Azem : Siannya awak dik, tak semestinya takde keluarga, tak boleh berjaya, mesti sunyi hidup awak, jati diri kuat, acik nasihatkan awak terus bekerja dan kumpul duit, ramai je yang berjaya walau sebatang kara, teruskan jadi baik, jangan tinggal solat, masa yang terluang pegi beriadah, jogging pon ok dik, duduk sorang memang boleh jadi mentaI, semoga awak berjaya suatu hati nanti.

Mashitah Mashie : Sedihnya perjalanan hidup awak dik tapi akak Rasa kagum sangat sebab awak berjaya harungi setiap episod duka ni sehingga hari ini. Tu ada sorang abang tu nak offer tolong awak. Jangan lupa pm dia.

Akak doakan semoga Allah permudahkan segala urusan awak di dunia dan akhirat dan segala ujian yang awak harungi selama ini Allah ganti dengan sesuatu yang paling Indah dalam hidup awak ya dik. Take care Q.

BACA:

“Aku ceraikan bini pertama dengan harapan bini kedua sama macam dia, rupanya tidak sekali ini dia buat belakang aku”

“Selama 8 bulan lepas bersalin dia langsung tak sentuh aku, asyik dengan tengok telefon rupanya ini kerja dia”