Fitnah pengimport telur dapat projek runding terus, Azmin Ali kabur lagi kena saman RM20 juta

Oleh INFORAKYAT

Fitnah pengimport telur dapat projek runding terus, Azmin Ali kabur lagi kena saman RM20 juta.

Sebuah syarikat pengimport telur ayam mengugut akan menyaman Azmin Ali RM20 juta sebagai ganti rugi fitnah kerana mendakwa ia diberikan kontrak untuk mengimport telur dari India melalui rundingan terus.

J&E Advance Tech Sdn Bhd menghantar surat tuntutan kepada Azmin meminta penarikan balik kenyataannya dan memohon maaf secara terbuka dalam tempoh tujuh hari.

Fitnah pengimport telur dapat projek runding terus, Azmin Ali kabur lagi kena saman RM20 juta

Ketika menafikan dakwaan Azmin pada bulan lalu, syarikat itu menyifatkan kenyataan pemimpin Bersatu itu sebagai “pembohongan terang-terangan yang direka untuk mengelirukan orang ramai”.

Mereka turut mendakwa kenyataan Azmin bertujuan mengalihkan perhatian daripada tuduhan rasuah dihadapi Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin.

Syarikat itu sebelum ini menghantar surat tuntutan kepada Wee Ka Siong kerana mendakwa presiden MCA itu mengeluarkan kenyataan “mengelirukan, tidak tepat dan jahat” mengenai telur import dari India.

BACA:

Tokey bundle ini jackpot seluar bundle Levi’s berusia 140 tahun, harga cecah RM500K!

Korang tak berani tegur member bau ‘tengit’? Ini cara mustajab, confirm jadi!