Dah nak raya ni, boleh dah kaum bapa bersihkan ‘peta dunia’ dekat seat kereta, ini cara paling murah boleh pakai

Oleh INFORAKYAT

Dah nak raya ni, boleh dah kaum bapa bersihkan ‘peta dunia’ dekat seat kereta, ini cara paling murah boleh pakai.

Perasan tak, kalau kereta lama mesti seat dia ada lukisan ala-ala peta dunia kan? Kalau hantar ke kedai, kos yang perlu korang keluarkan kadang-kadang melebihi bajet yang ada.

Tapi korang tahu tak yang sebenarnya korang boleh je buat sendiri dekat rumah? Haa, jom senior nak roger cara bajet bersihkan seat kereta gunakan cara Radi Apiz.

Dah nak raya ni, boleh dah kaum bapa bersihkan 'peta dunia' dekat seat kereta, ini cara paling murah boleh pakai

Bahan yang diperlukan:

2 sudu cuka
1 sudu baking soda
Secawan air suam
Caranya mudah je:

Campurkan baking soda & cuka ke dalam air suam. Dan masukkan ke dalam botol spray.

Spray rata pada seat dengan jarak 6-8 inci dan gunakan berus lembut untuk gosok kawasan yang kotor.

Lapkan kawasan tadi dengan kain microfiber yang dah dibasahkan dengan air.

Ulang langkah 3-6 sampai seat betul-betul bersih.

Keringkan seat dengan vakum atau kain microfiber sampai kering.

Kaedah yang sama juga korang boleh gunakan untuk cuci panel pintu tau.

Dan gunakan cuka serta baking soda je korang pun boleh cuci mesin basuh! Banyak sangat rupanya kegunaannya bahan-bahan ni untuk proses mencuci.

Selamat mencuba!

Atau nak mudah, hubungi je Radi. Biar dia tolong settlekan masalah korang. Korang duduk tepi, rilek rilek minum kopi tunggu kerja settle.

BACA:

Kawan baik zaman sekolah isteri kedua bapanya? Akhirnya Shila Amzah buka mulut buat ramai terdiam

Ingatkan orang lain rupanya kawan baik Shila Amzah zaman sekolah ‘penyondol’ rumah tangga ND Lala?