“Kalau benar, MB Kedah itu boleh sebar pekeliling yang melarang beliau menghadiri majlis anjuran kerajaan persekutuan,” – TPM.
Tiada sebarang surat rasmi diberikan kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung dakwaan larangan terhadap beliau untuk menghadiri program Kerajaan Persekutuan.
Bagaimanapun Timbalan Perdana Menteri berkata, mungkin arahan itu disampaikan secara peribadi bukan secara bertulis.
Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu memberitahu beliau tidak dimaklumkan mengenai perkara itu.
“Kalau dakwaan itu benar, mungkin Menteri Besar Kedah itu boleh menyebarkan arahan atau pekeliling yang melarang beliau menghadiri mana-mana majlis anjuran kerajaan persekutuan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Sentuhan Kasih di Masjid Jamek Kampung Sungai Gersik, di sini pada Khamis.
Pada Rabu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah itu menerusi Facebook miliknya mendakwa dilarang menyertai sebarang majlis anjuran kerajaan Persekutuan, termasuk hadir Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA’23) pada 23 hingga 27 Mei depan.
BACA:
Isteri bekas Ketua Polis Negara failkan cerai, ini punca yang ramai nak tahu
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio