Kenapa? Bila demam terus disuruh tidur dan dapat mimpi macam dihempap batu besar, ini jawapan pakar kesihatan.
Pernahkah anda mengalami mimpi aneh ketika demam seperti dihempap batu besar?
Atau siling rumah menjadi tinggi dan ruang rumah semakin membesar?
Ya, anda tidak keseorangan.
Mimpi demam adalah situasi yang berlaku apabila suhu badan anda meningkat.
Individu yang mengalami minpi demam biasanya menggambarkan ia sebagai pengalaman yang mengganggu dengan emosi dan kuat, pelik & menakutkan sehingga anda meracau dalam tidur!
Punca sebenar ia berlaku masih tidak diketahui, tetapi terdapat beberapa hipotesis. Salah satunya ialah suhu tinggi mungkin mengganggu proses kognitif normal otak.
Semasa peringkat REM tidur, di mana kebanyakan mimpi anda berlaku, badan mengalami kesukaran untuk mengawal suhu dalaman anda. Peningkatan suhu badan membawa kepada mimpi yang tidak menyenangkan.
Walaupun tiada jaminan anda boleh mengelakkan mimpi demam sepenuhnya, merawat demam anda boleh membantu mengawal mimpi buruk ini
BACA: