Pemimpin Pas ‘arah’ Raja-raja Melayu berbincang soal tauliah mengajar agama?

Oleh INFORAKYAT

Pemimpin Pas ‘arah’ Raja-raja Melayu berbincang soal tauliah mengajar agama?

Ahmad Dusuki Abd Rani, bekas calon PAS dalam PRU lalu, mencadangkan para mufti di negara ini untuk menasihati sultan dan raja Melayu berkenaan isu pentauliahan penceramah agama.

Jelasnya, isu ini boleh diselesaikan jika mufti mencari titik penyelesaian.

Pemimpin Pas 'arah' Raja-raja Melayu berbincang soal tauliah mengajar agama?

Jika tidak dibendung, Dusuki mendakwa ia boleh menjadi punca kepada perpecahan umat Islam di negata ini.

“Lebih baik raja-raja bertemu dan bincangkan isu pentauliahan ini.

“Lagipun Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam pun sudah ada, jadi ia (isu pentauliahan) perlu diselaraskan setiap negeri,” katanya kepada sumber.

Untuk rekod, Dusuki merupakan antara personaliti yang dibatalkan tauliah mengajar oleh Jabatan Agama Islam Selangor.

Dia turut mempersoalkan isu tauliah ini yang kelihatan tidak logik kerana ada personaliti yang sudah lama mengajar di Malaysia.

Ahmad Dusuki Abd Rani 681X405 1Sumber: MalaysiaGazette
Malah, Dusuki turut mengaitkan isu tauliah ini dengan persoalan hormat orang ramai kepada sistem beraja di negara ini.

“Bayangkan kalau ada seorang guru yang sudah berpuluh tahun sebelum ini berceramah, mengaji dan mempunyai ilmu tetapi tiba-tiba kata dia tidak dapat tauliah.

“Adakah itu logik? Semua ini boleh menyebabkan masyarakat berpecah belah dan hilang hormat kepada sistem beraja,” katanya.

Buat yang tidak tahu, Selangor merupakan antara negeri yang melarang penceramah politik memberikan kuliah di masjid atau surau untuk mengelakkan perpecahan dalam kalangan umat Islam.

Antara negeri lain yang mengenakan arahan sama ialah Terengganu, Perak dan Wilayah Persekutuan.

BAca: 

“Aku terkejut, tergamak mama buat macam ni dekat ayah, dah tua pun masih buat onar belakang ayah”

Kerajaan Pas Kelantan mengaku tak mampu teruskan projek sakit, minta Kerajaan Pusat ambil alih sekali dengan hutang RM60 juta