Kenapa media barat galak promosi budaya hubungan songsang?! Ini sebab yang korang tak tahu. Wabak seksualiti songsang merupakan barah yang semakin melanda seluruh dunia, khususnya di kalangan negara barat.
Wujud pola peningkatan ketara khususnya di negara seperti Kanada, Amerika Syarikat, Australia, Perancis, Sweden dan Argentina, menampakkan keterbukaan masyarakat di sana menerima dan menyokong hubungan sama jenis luar tabii ke dalam sistem masyarakat mereka.
Di Amerika Syarikat yang menjadi topik kita kali ini, paras penerimaannya kini berada pada tahap 72% berbanding 28% yang menolaknya, berdasarkan kajian tahun 2020 Pew Research Centre.
Perubahan ini menyaksikan peningkatan 21% daripada statistik tahun 2002, ketika hanya 51% warga Amerika Syarikat menerima kesongsangan.
Kenaikan ketara ini jugalah yang menjadi punca utama menyumbang pertambahan elemen seksualiti songsang ke dalam penerbitan media filem dan drama di Hollywood.
Apa sebenarnya faktor yang menyumbang kepada penambahburukan ini? Untuk memahaminya, mari kita rungkaikan serba sedikit apa yang telah berlaku.
Media sebagai ejen propaganda berpengaruh
elemen lgbt dalam media barat
Ramai di kalangan masyarakat kita memandang enteng kuasa media dalam pembentukan mentaliti sesebuah masyarakat, khususnya apabila melibatkan isu kesongsangan.
Ada yang berkata ‘takkanlah dengan filem atau drama pun boleh jadi songsang?’ atau ‘aku tengok adegan songsang, tak jadi songsang pun aku!’.
Itu pandangan yang biasa kedengaran kan?
Realitinya pengaruh media memainkan peranan yang sangat kuat bukan saja dalam mencipta sentimen pro-gerakan songsang bahkan media juga dulu berperanan memainkan stigma anti-kesongsangan, yang timbul dalam dekad 1940-an di Amerika Syarikat.
Kesongsangan dan kecenderungan terhadap perlakuan luar tabii pada era tersebut, dicemuh dan dikecam sehingga kadangkala mencetuskan tindakbalas fizikal orang ramai terhadap kumpulan minoriti ini, kerana media pada waktu tersebut kukuh memainkan mesej-mesej anti-songsang.
Bermula dalam dekad 1990-an, beberapa insiden membabitkan individu songsang mula mengubah hala tuju media Amerika Syarikat agar lebih terbuka terhadap kumpulan ini, mengakibatkan lebih banyak media beragenda mesra-songsang diterbitkan.
Salah satu peristiwa yang dianggap paling ikonik dalam sejarah hiburan Amerika Syarikat yang memulakan perubahan, adalah keberanian Ellen Degeneres – kini dikenali sebagai pengacara terkenal di Hollywood; menjadi selebriti pertama mengaku dirinya seorang lesbian dalam rancangan waktu perdana.
Pengakuan yang dibuat pada 30 April 1997 dalam drama Ellen secara separa fiksyen, menjadi titik tolak perubahan media Amerika Syarikat dalam menerima dan mengenengahkan elemen songsang ke tahap lebih tinggi.
flashback ellen degeneres april 1997
Beberapa bulan sebelum pengakuan tersebut dilakukan, media Amerika Syarikat sudah mula memainkan propaganda bahawa DeGeneres dalam dunia nyata dan juga dalam siri TV tersebut, berorientasi songsang.
Namun DeGeneres menepis dakwaan yang ada, menggunakan jenaka bagi mengalihkan topik konsisten enggan mengaku desas-desus yang dilontarkan.
Seminggu sebelum episod drama itu disiarkam, majalah TIME menjadikan Degeneres penghias muka depan dengan teks ‘Yep, I’m G*y’ mengesahkan semuanya.
Publisiti yang tercetus daripada pengakuan sensasi yang dilakukan semasa Degeneres berada di puncak populariti, mendorong lebih 42 juta orang menonton episod drama TV itu; kini terpahat sebagai detik ikonik di kalangan aktivis songsang sebagai satu permulaan besar ideologi mereka.
Walaupun demikian tindakan Degeneres mengaku ini mendapat tentangan banyak pihak, dia mula dikecam serta diboikot pihak media.
Mendapat sokongan daripada kumpulan kecil aktivis kumpulan songsang tidak membantu nasib DeGeneres, selepas dia digantung secara tidak rasmi selama 3 tahun daripada apa saja bentuk penerbitan.
Dihimpit keluar daripada lensa wartawan dan populariti, tindakan nekad DeGeneres itu memahatkan dirinya sebagai simbol gerakan songsang, kerana pada era tersebut dia merupakan nama paling berprofil tinggi terbuka mengaku kesongsangan dirinya.
Satu percikan yang bertukar menjadi norma
hillary clinton perarakan pride
Pengakuan DeGeneres serta impaknya kepada industri hiburan, sebenarnya didorong beberapa perubahan yang berlaku kepada dasar kerajaan Amerika Syarikat sendiri.
Pada tahun 1994, Badan Kesihatan Amerika Syarikat (AMA) mengambil langkah untuk mengiktiraf homoseksualiti bukan lagi sebuah penyakit, seiring dengan tindakan Badan Kesihatan Sedunia pada tahun 1990.
Menyusul perubahan itu, pada tahun 1993 Kongres Amerika Syarikat memperkenalkan Akta Jenayah Berlandaskan Benci (Hate Crime) bagi mencegah dan menghukum sebarang kelakuan jenayah yang dibuat atas faktor orientasi seksual dan identiti jantina.
Penggantungan tidak rasmi DeGeneres daripada sebaran media tidak lagi boleh menghalang Amerika Syarikat daripada menyaksikan gelombang perubahan – walaupun DeGeneres dikecam teruk sehingga digelarkan ‘Degenerate’ (terencat akal) oleh sesetengah pihak.
Siri TV ‘Will and Grace’ diterbitkan pada tahun 1998 membawakan dua watak utama lelaki yang berorientasi songsang, mencatat sejarah memulakan trend watak utama songsang sebagai standard baru.
Impak terbesar yang benar-benar menjadikan gerakan songsang sebagai budaya baru melibatkan peranan Hillary Clinton, ketika itu bergelar ‘Wanita Pertama Amerika Syarikat’ – isteri Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton.
Bermula dalam tahun 1998 Clinton memainkan peranan besar sebagai aktivis gerakan songsang, bertanggungjawab menggunakan kedudukannya mendesak kerajaan Amerika Syarikat mengiktiraf kumpulan songsang dalam pelbagai aspek.
Kemuncaknya, pada tahun 2000 – Hillary Clinton menjadi pemimpin peringkat nasional pertama di Amerika Syarikat menyertai perarakan Pride yang membolehkan lebih besar penerimaan dilakukan.
Ombak perubahan yang sebelum itu hanya dirasai, mula bertukar menjadi tsunami ganas.
Peranan media dalam menyongsangkan budaya Amerika Syarikat
brooklyn nine nine season 5 epis
Mungkin sekarang ini anda meminati program bual bicara Ellen DeGeneres, kerana komedinya dan kemampuan beliau berbicara.
Apa yang dapat kita lihat hanya permukaannya.
Disebalik kemesraan dan keceriaan yang ditayang pada media, pengakuan DeGeneres dan reaksi terhadapnya dianggap detik terpenting mengubah cara media dan masyarakat Amerika Syarikat melihat golongan songsang, dalam perspektif berbeza.
Pengakuan DeGeneres memecahkan stigma media Amerika Syarikat mengangkat kesongsangan, kerana ramai rasa simpati melihat DeGeneres – seorang insan lemah menjadi mangsa serangan dan cemuhan hanya kerana dirinya berbeza.
Golongan-golongan konservatif yang bertindak menekan beliau mula digambarkan sebagai kumpulan ekstrimis dek corak kritikan yang dikatakan keras serta menghina.
Ingin kami ingatkan sekali lagi, kini 72% daripada rakyat Amerika Syarikat menyokong penerimaan kesongsangan disebabkan pengaruh media.
Seandainya kesongsangan adalah sesuatu yang masyarakat mereka inginkan berlaku, kami yakin apa saja bentuk eksport filem, drama dan karya lagu dari Amerika Syarikat akan memasukkan elemen sama jenis, luar tabii dan kesongsangan demi memenuhi permintaan.
Hati kecil kami sedikit sebanyak ada menyangkal statistik yang kami sendiri kongsikan, kerana kami banyak mengikuti tokoh dan individu berpengaruh dariAmerika Syarikat yang lantang menentang gejala negatif ini, tidak mahu kesongsangan menjadi antara tunjang identiti negara.
Mereka ini biasanya datang dari kumpulan Kristian Ortodoks dan Yahudi yang kuat berpegang kepada agama, melihat hubungan luar tabii sebagai sesuatu yang salah. Tetapi, media barat nampaknya ketika ini sudah dikuasai golongan pro-songsang.
Kita di Malaysia hanya negara kecil, marah-marah pun sebenarnya tak berguna. Politik, media dan masyarakat Amerika Syarikat majoritinya didakwa sudah menerima songsang sebagai norma, jadi elemen sebegitu pasti akan ada.
Seperti kata pengarah Quentin Tarantino dalam satu temuramah beliau, “ketika ini di Hollywood kepentingan ideologi duduk lebih tinggi berbanding kualiti karya – dan perkara inilah yang mengakibatkan karya di Hollywood jadi semakin teruk.”
Apa yang mampu kita buat, hanyalah memboikot dan berhenti menyokong produk keluaran mereka yang terkandung kuman-kuman perosak masyarakat.
Sekiranya selama ini anda pelik kenapa Ellen DeGeneres konsisten menjadi antara individu paling berpengaruh di Hollywood, kami yakin artikel ini sudah menjawab persoalan anda.
BACA:
“Kalau dah jodoh”, Atuk tua lamar janda anak 3 sekali kena ‘reject’, rupanya dapat ‘pucuk muda’