“Kalau dah jodoh”, Atuk tua lamar janda anak 3 sekali kena ‘reject’, rupanya dapat ‘pucuk muda’

Oleh INFORAKYAT

“Kalau dah jodoh”, Atuk tua lamar janda anak 3 sekali kena ‘reject’, rupanya dapat ‘pucuk muda’.

Kisah perkahwinan membabitkan seorang lelaki warga emas dengan gadis muda di daerah Bone, Sulawesi Selatan heboh diperkatakan masyarakat setempat.

Hal ini kerana, lelaki tersebut, Bora berusia 58 tahun dan isterinya, Ira Fazillah berumur 19 tahun.

"Kalau dah jodoh", Atuk tua lamar janda anak 3 sekali kena 'reject', rupanya dapat 'pucuk muda'

Lapor Kompas.com, Bora pada mulanya melamar ibu Ira namun ditolak wanita tersebut.

Wanita itu kemudiannya bertanya jika Bora sudi berkahwin dengan anak sulungnya.

Bora dan anak gadis wanita itu bersetuju dengan tawaran tersebut dan pasangan itu bernikah sambil di saksikan penduduk kampung dengan mas kahwin sebanyak 10 juta rupiah (RM2,843) dan hantaran berupa kebun seluas satu hektar.

Lelaki warga emas itu tidak pernah berkahwin dan tinggal bersendirian, manakala isterinya merupakan anak sulung daripada tiga beradik.

BACA:

Selepas perniagaan jatuh angkara fitnah, ini keadaan terkini pengeluar Sos Aminah Hassan

Patutlah kaya anak Tun M rupanya dapat projek perolehan terus tanpa lalu tender, dedah bekas PM