Aku bawa mak jumpa perempuan tu senyap-senyap bila bertentang mata, ayah terus nangis terketar melutut depan mak, rupanya..”

Oleh INFORAKYAT

Aku bawa mak jumpa perempuan tu senyap-senyap bila bertentang mata, ayah terus nangis terketar melutut depan mak, rupanya..

“Nama aku Siti, apa yang aku nak tulis ni adalah pengalaman sendiri yang aku hadap masa aku berumur awal 20 an.

Pengalaman yang bila aku ingat sampai sekarang tersemat dekat dada aku.

Sampai kalau aku ingat balik macam mana boleh happy sehingga sekarang, menitik juga air mata dan akan cepat cepat aku call mak aku.

Aku bawa mak jumpa perempuan tu senyap-senyap bila bertentang mata, ayah terus nangis terketar melutut depan mak, rupanya.."

Lepas aku baca confession adik Bunga pun, aku call mak aku lepas tu.

Mungkin penceritaan ini panjang juga, dan mungkin situasi family dari segi emosi, kewangan, bilangan adik beradik, sikap ayah tak sama dengan keadaan adik Bunga.

Akan aku cerita sikit, macam mana permulaan pecahnya tembelang ayah aku berp0ligami dan situasi hubungan mak ayah aku sebelum selepas dan semasa berkahwin dua.

Mak aku kahwin dengan ayah aku betul betul lepas sekolah. Result SPM tak keluar lagi mak aku dah kahwin dan ikut ayah aku berhijrah.

Muda kan? Umur umur orang cakap baru nak cari jati diri, nak pergi sana sini.. Lagi lagi atuk nenek aku jenis berduit. Kahwin, duduk kampung, lepas tu dapat lah anak 5 orang.

Perangai ayah aku? Ayah yang penyayang, suami yang romantik. Permulaan perkahwinan sangat susah, bermacam macam kerja buat. Mak aku tak merungut, tak minta bantuan sesiapa walaupun adik beradik dia.

Mak aku cakap susahnya kahwin dulu, abang abang aku minum susu cair, tak ada duit minta susu cair setin dengan saudara mara.. Dicemuh.

Selepas lahir nya aku ke dunia, mak cakap rezeki mencurah curah. Ayah aku dapat jalan membuat business, mak aku dapat kerja.

Ayah cakap kalau dibuat business ni masa untuk keluarga memang sikit. Mak aku support, mak aku cakap dia akan tolong jaga anak anak, jangan risau. Ye, mak aku jaga kami seorang seorang walaupun dia kerja.

Kelam kabut nak hantar pergi sekolah. Masa tu aku sekolah sesi petang, balik kerja nak masak apa semua. Mak aku tak sempat nak jaga badan, jaga pakaian dia, pakai tudung pun senget senget.

Kadang kadang walaupun aku sekolah rendah masa tu, aku malu juga mak aku macam tu. Dugaan anak anak buat hal lagi mak aku kena hadap.

Ayah aku? Sudah lepas kan semua urusan penjagaan kami dekat mak, kerja dia penuh kan peti ais, raya beli baju dan urusan lain sikit sikit. Masih penyanyang dan masih romantik.

Rezeki mencurah, tukar kereta. Ayah aku belikan macam macam untuk aku. Cakap saja lah nak apa aku dapat.

Lain dengan mak aku, walaupun duit banyak mak aku tak minta lebih lebih. Selalu ingatkan simpan duit, kita tak tahu bila kita jatuh. Mak aku tak boros pun. Mak aku baik, mak aku tak suka cakap hal orang, solat tak tinggal.

Orang buat dia pun Mak aku biar saja (selalu dekat tempat kerja lah orang dengki). Sehingga baiknya dia, kami sentiasa cakap dekat mak kami.. Mak lah ahli syurga, kalau kat akhirat nanti boleh melutut ke apa.. Kami nak mak kami masuk syurga Allah terus.

Kemuncak business, banyak duit. Mak aku mengandung adik aku. Ayah aku masih layan mak aku dengan penuh kasih sayang, masih romantik. Bahagianya rasa kehidupan ni.

Lahir adik aku ke dunia, perangai ayah aku berubah. Suka keluar malam, pergi berjalan jalan. Mak aku positif, “ayah cari rezeki Siti”.

Orang kiri kanan mula bercakap itu ini, mak masih positif. Masa untuk raya pun kurang bersama, dah tak balik kampung sama sama. Nenek aku mula panggil mak aku perihal benda ni.

Mak aku masih positif, “ayah cari rezeki Siti”. Lepas saja 2 tahun adik aku lahir, business collapse. Betul betul jatuh. Kehulur kehilir mak aku cari duit bagi semangat dekat ayah aku. Business stop, ayah aku murung. Mak aku lah yang tanggung kami 100%.

Fast forward, aku dah masuk Universiti, adik aku dah tingkatan 1. Aku kat universiti dapat duit pinjaman, hari hari makan nasi banyak, kuah banyak, lauk tempe dan telur.

Baju pergi kuliah, repeat lah sampai lusuh. Tak keluar dengan kawan kawan, sampai benda TERKINI pun aku tak tau. Sedap sikit aku ambil ikan keli.

Duit lebih.. Abis sem aku balik bagi mak aku, belikan adik aku baju sekolah pj la uniform cikgu dia nak la. Aku dah mampu berfikir, aku dapat spark ayah aku kahwin lain.

Aku macam detektif. Nahhhhhh kantoi! Ayah aku kahwin lain. Macam nak runtuh langit tu. Rupanya ayah aku dah kahwin lain 12 tahun.

Mungkin keresahan dia selama ni sebab perempuan tu. Takut perempuan tu lari ke, atau perempuan tu tak puas nak duit dan tak faham keadaan kitorang dekat sini macam mana.

Aku jumpa adik beradik aku bagitau, bagai nak runtuh langit ni bila rupanya mereka dah tau. Aku, mak aku dan adik aku saja tak tahu.

Rapatnya rahsia tu ditutup dengan alasan mereka sangat sayang kan kami sampai tak nak hati kami hancur, keluarga berpecah belah. Abang dan kakak aku nangis meraung raung depan aku minta maaf.

Semua cakap jangan bagitau mak, jangan bagitau adik sebab dia kecil lagi tak faham. Patut lah perangai mereka memang tak suka kan ayah, rupanya ini lah alasan nya.

Satu hari kami bawak mak kami pergi rumah perempuan tu senyap senyap. Kami menyorok, nahhhh bertentang mata lah mereka. Bapak aku terketar ketar ye jumpa mak aku. Nangis nangis ye. Melutut ye nasib tak terkencing saja situ.

Yang aku harap kan mak aku tendang saja suami dia tu, sepak pukul jerit, cemuh, tarik rambut madu dia tu. Tapi tak, mak aku senyap mak aku cakap..

“Sampainya hati buat Yati macam ni, abang memang lupa semua pengorbanan selama ni, bukak gerai tepi jalan.. Lupa anak anak kecik kecik dah bawak bakul buah ke kedai”. bla bla bla semua tu lah.

Ayah aku macam biasa, masih menangis. Masih melutut. Ada lah ayat ayat cliche itu hak dia, dia berhak nak kahwin lagi bla bla bla.

Mungkin dalam confession ni nampak smooth, tapi keadaan tu teruk macam nak runtuh rumah tu. Emosi mak aku yang jenis tak melawan, menangis je. Pergi kerja nangis, dapat drah tinggi teruk.

Masa awal mak aku dah tahu. Aku tak tidur pun 4 hari. Aku stress aku dah kena masuk kelas, aku tak dapat tolong dekat dengan mak aku.

Abang dan kakak aku tak reti bagi support, kalau reti pun aku tak yakin sebab diorang jahat sangat dah tahu awal. Sedara mara aku?

Aku tak boleh nak harap kan sesiapa pun diorang dah tahu pun dari awal. Macam siialan juga la yeh. Sebab tu aku menyampah dengan diorang.

Sebab apa aku paling terkesan? Sebab aku memang rapat dengan ayah aku, aku anak kesayangan dia. So aku memang kecewa sampai aku tak kisah pasal orang lain.

Hari hari aku call, rest aku call mak aku nak check dia OK ke tak. Hari hari aku forward kata kata semangat, aku kerja part time beli kan mak aku itu ini. Aku block ayah aku, aku kumpul duit macam biasa bagi dekat mak aku.

Exam aku buat betul betul untuk dapat result OK la juga jangan bagi fail, sebab nak minta kerja elok elok simpan duit. Let say, diorang bercerrai, aku nak support mak aku. Aku membesar jadi seorang yang keras, realistic, tak nak dipijak.

Weekend saja aku balik aku suruh mak aku tidur dengan aku, aku peluk dia, aku cakap,

“Mak tengok sekeliling mak apa yang mak ada, mak ada anak anak 5 orang, mak dah ada rumah besar, mak ada kereta, anak anak masing masing dah mula bersatu jaga mak”. Mak aku nangis, dia cakap terima kasih..

Ada ketenangan dah sikit. Sehingga sekarang pun, balik kampung aku minta izin dengan suami aku nak tidur sehari dengan mak aku. Sebab aku nak heart to heart sambil cium cium dia. Haha.

Mak aku sebelum tidur pun nangis. Ayah aku? Aku buat dia macam tak wujud. Aku mula tukar kan sumber kekuatan mak aku dari ayah aku kepada kami adik beradik. Sebab kalau mak aku mti, ayah aku boleh pergi ke bini muda dia.

Mak aku ada kami saja yang setia dengan dia. Abang dan kakak aku semua dah mula tak stress kan mak aku. Cuti kami bawak mak kami keluar, belikan bunga.

Dari aku tak suka cucuk tanam, pergi ni beli benih apa apa ada masa bercucuk tanam dengan dia. Cerita pasal nenek, cerita lah apa apa.. Sentiasa suruh dia keluar dari rumah tengok apa yang dia ada..

Hutang nak abis dah, umur muda lagi anak anak dah besar. Abang abang aku selalu duduk rumah, buat kerja rumah.

Perihal bapak aku ngan bini muda dia?. Kami tak ambil tahu pun, kalau nak mai tengok bini tua mai la kami tak halang. Tapi tak ada lah beria nak bersatu macam satu keluarga.

Kami banyak puji mak kami cantik, naik kan confident dia. Cantik kan dia, kira tukar permikiran dia suami dia adalah segala nya kepada anak lah segalanya.

Benda ni ambil masa, sehingga lah mak aku pun sekarang tak kisah ayah aku nak balik ke tak nak. Mak aku jadi seronok pula bila dia boleh lepak dengan anak anak, cucu dia.

Sekarang dah tua serabut dia dengan bini muda. Yelah awak dah nak 60, bini muda baru 30 an.. Serabut pikir nye yobbbbb.

Kita anak anak ni sumber kekuatan mak kita, semangat lah yang paling penting masa konflik ni berlaku. Peluk mak sentiasa, rapat dengan mak, bawak mak masuk bilik suruh dia luah kan apa terbuku. Jangan bagi mak cuba banding kan apa yang ada dekat perempuan tu dengan diri dia.

Awal awal saja dik indah indah tak nak duit suami, lama lama nak juga. Diorang pun di kira pengantin baru juga, akan ada dugaan juga.

Setiap manusia dalam hidup ni ada bahagian dia. Kita buat bahagian kita betul betul. Benda ni akan berlalu dengan masa, biar lah bahagian kita terjaga dengan baik. Jaga lah mak kita betul betul.

Bini kedua ayah aku? Mengamuk lah sejak ayah aku tak ada duit macam dulu. Mengamuk stress tengok mak aku tenang je, tak heran pun pasal dia.

Mungkin dia rasa kalah sebab mak aku rileks saja tak ada rasa nak serang serang dia. Ayat dia tak nak duit ayah aku, nak husband figure saja dekat mak aku..

Tak valid yer… Yelah, dulu sampai berapa beg shopping kensss. Cam ne aku tahu? Aku pergi jumpa ye pekerja pekerja ayah aku dulu. Jangan main main ye. Kalau aku nak korek, sampai lubang cacing aku korek.

Itu saja lah, mungkin berterabur apa aku nak cerita. Harap dapat lah serba sedikit benda yang baik dari confession ni. Sayangi lah mak kita, buat lah bahagian masing masing, tenang lah hidup kita. Jadi lah anak anak berguna demi mak! Sekian.

Reaksi Warganet

Syaidatina Hamzah –
Disebabkan lelaki lelaki sebegini yang gagal menunjukkan p0ligami yang baik, orang bukan Islam memandang serong tentang hukum p0ligami. Ada yang harmoni, tapi banyak yang menganiaya isteri.

Kawan aku mention lagi ‘korang lelaki melayu kan suka p0ligami tapi tanggungjawab ke laut’ aku speechless time tu. Ligat kepala otak aku nak bagi betul mindset dia tu

Sharifah Al Khairead –
Kalau pasal p0ligami dah tak tau nak komen apa. Sebab kalau orang lelaki baca mereka akan kecam tapi ada seorang lelaki bgitau saya yang p0ligami ni kalau di usia tua memang menyusahkan diri sendiri.

Elok elok boleh berehat beribadat dah sibuk kena cari duit lebih untuk beli susu dan pampers anak anak yang baru. Jadii takde mase langsung untuk berehat bersendirian dengan Tuhan dan untuk dri sndri. Sebab asyik fikirkan keperluan dalam sluar je.

Salina Mi –
Suami buat hal dia mendapat la. Elok elok tua2 boleh rehat main cucu, dah tua kena jaga anak kecik lagi. Dah pilihan dia kan.

Paling sedih isteri tua bersusah payah. Dah senang cari orang lain dan curahkan kesenangan pada yang tak pernah bantu apa apa pun. Tak pe, untuk kes ni mak dia tak rugi apa apa pun.

Kita perempuan ni dah tua tua nak beramal ibadat je. Happy kan diri dengan anak cucu. Biar je la suami tu layan bini muda dia dengan anak anak yang masih kecik. Kita enjoy je.

Harap harap nanti kalau sakit jangan tahu cari bini tua je. Duk umah bini muda. Bini tua datang sekali sekala je untuk jaga.

Ummu Muhammad –
Confessor seorang anak yang baik, tapi jangan salahkan p0ligami. Ianya salah satu ketetapan Islam. P0ligami tidak akan jadi buruk jika orang yang nak amalkan itu punyai ilmu, tahu aturan sebenar…

Saya punyai kawan, ayah dia kahwin 4. Tapi mak mak dia semua duduk satu kawasan, rumah lain lain. Anak anak semua macam adik beradik. Mak mak pun macam adik beradik.

Keluarga dorang besar, dorang saling sayang menyayangi pulak tu. Kalah kita yang sama ibu sama ayah ni, meriahh keluarga dorang.

Jangan salahkan p0ligami. Lihatlah bagaimana agama ajarkan adab kalau nak berp0ligami. Hatta Rasulullah s.a.w sendiri selepas kewafatan isteri pertama baru berp0ligami. Tu pun semuanya bersebab dan wahyu dari Allah swt.. Semoga kita semua dijauhkam dari sangka buruk dengan hukum Allah…

Aminah Siti –
Ayat quran tentang p0ligami tu, macam seorang ayah tegur anak dia. Hah kalau rasa terer panjat la kerusi tu, tapi kalau takut jatuh terlentang, duk diam diam je kat sini… Jadi maksudnya apa?

Bukan nak suruh panjat, tapi suruh duk diam diam.

Bukan nak suruh p0ligami, tapi cukup lah monogomi kalau takutkan hukum Tuhan (sebab tak berlaku adil)

Tengok balik khutbah terakhir Rasulullah saw yang suruh orang muslim pelihara hak wanita. Bukannya suruh kahwin ramai.

“Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita wanita kamu dengan baik dan berlemah lembut terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia”

Allah dah cakap kamu takkan dapat, tak mampu pun..

“Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri isteri kamu sekalipun kamu bersungguh sungguh (hendak melakukannya), oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi).

Sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awan awan), dan jika kamu memperbaiki (keadaan yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Nisa’, ayat 129)

“Barangsiapa yang mempunyai dua isteri, lalu dia cenderung kepada salah seorang di antaranya dan tidak berlaku adil antara mereka berdua, maka kelak di hari kiamat dia akan datang dengan keadaan pinggangnya miring hampir jatuh sebelah.” (Hadis riwayat Ahmad bin Hanbal)

Dalam Tafsir Fi Zilalil Quran, Syed Qutb menjelaskan mengenai tafsir Surah al-Nisa’, ayat 3 berkenaan:

l Seseorang yang memahami roh Islam dan matlamatnya tidak akan berkata, “Berkahwin lebih daripada seorang dituntut dan digalakkan…”

Tapi biasalah.. Bagi hujah banyak mana pun, begitu jugak la level dia…

Hak dalam bahasa arab, maksudnya lebih kurang adalah keperluan dan tanggungjawab. Jadi dalam khutbah rasulullah saw tu, ia berbicara tentang tanggungjawab…

Lain maksud hak dalam bahasa melayu. Sebab dalam bahasa melayu ia adalah “hak milik” atau kepunyaan..

“Suami tu hanya pinjaman, bukan hak isteri pon”. Kalau dibaca dalam maksud bahasa melayu. Suami bukan hak milik atau kepunyaan isteri. Betul tu sebab setiap kita adalah dari Allah dan akan balik ke Allah..

Jadi suami bukqn kepunyaan kita pun. Satu hari dia akan kembali kepada pemilik (Allah). Begitulah maksud yang saya faham.

BACA: 

“Betul punya gila kuasa macam PM 22 tahun”, ini satu-satunya murid sekolah yang pegang semua jawatan kecuali Cikgu

Ini 20 tempat yang mengerikan dalam dunia, no.6 tu ada dekat Malaysia rupanya!