Penyokong Perikatan Nasional kantoi promosi aktiviti LGBT, patutlah lain macam galak puak-puak songsang

Oleh INFORAKYAT

Penyokong Perikatan Nasional kantoi promosi aktiviti LGBT, patutlah lain macam galak puak-puak songsang.

Hairan melihatkan walaun dan PN berkempen tanpa rasa berdosa demi memburukkan PM dan Kerajaan Perpaduan dengan isu ini.

Perkara yang terpencil dan terselindung, mereka besarkan dan hebahkan.

“Bad marketing is still a marketing.”

Penyokong Perikatan Nasional kantoi promosi aktiviti LGBT, patutlah lain macam galak puak-puak songsang

Sebagai ibu bapa, kita tak mahu anak kita terdedah dengan perkataan dan gambar melibatkan kelucahan melampau, tapi itulah yang disebar oleh Parti yang berlabel Islam.

Lubang jub*r, main belakang, luar tab’ie, LGBT ini antara perkataan kempen yang dijadikan senjata politik sejak kerajaan perpaduan ditubuhkan. Tak cukup dengan tu, pelbagai gambar2 dishare di whatsapp dll.

Mereka tak rasa berdosa kerana pemimpin utama mereka haji hadi sendiri telah memulakan dan menghalalkannya.

WALAUN EJEN NORMALISASI LGBTEY

Mereka mungkin berjaya meraih sokongan tapi akhirnya selepas PRN ini, word LGBTey akan berjaya sampai ke telinga anak-anak kerana walaun akan korek apa sahaja elemen itu, share di medsos dan melemparkan pada kerajaan walhal tiada kaitan dengan kerajaan perpaduan.

Tujuan mereka bukan mengekang budaya songsang itu, tetapi menjadikannya senjata menyerang musuh politik tetapi secara tak sengaja normalisasi berlaku.

Besarnya dosa mereka kepada rakyat negara kita apabila perkara itu akhirnya menjadi kebiasaan di status facebook dan whatsapp mereka.

JENAYAH QAZAF & HUDUD

Dahulunya mereka juara perjuangkan Hudud, tapi kini ulama dan pengikut PAS sendiri membuat salah satu jenayah Hudud iaitu Qazaf atau menuduh orang dengan zina atau liwat tanpa 4 orang saksi.

Pesalah Qazaf sepatutnya disebat 80 kali sebatan, kesaksian mereka tidak boleh diterima selama-lamanya dan mereka menjadi Fasiq sebagaimana ayat 4 surah an-Nur.

Hadith Nabi juga memasukkan Qazaf ini dalam 7 perkara yang membinasakan (sab’ul Mubiqaat).

Walhal PAS dan Haji Hadi lah yang mempertahankan bahawa kes liwat Anwar adalah konspirasi politik bahkan Haji Hadi menulis buku berkenaannya dan Mahathir sendiri mengakui bahawa pendakwaraya dibayar berjuta juta ringgit untuk pastikan Anwar disabitkan.

ULAMAK SU’ PENCETUS FITNAH

Tidak kira sebanyak mana penafian PM Anwar buat, dipuji pula oleh Sultan Selangor, fitnah PAS dan walaun tetap berjalan.

Nabi Muhammad SAW pernah ingatkan kita Ulama Su’ pencetus Fitnah:

“Ulama’ mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah (naungan) langit. Dari merekalah keluarnya fitnah, dan kepada merekalah fitnah itu akan kembali. [HR Baihaqi 1763] ”

Tiada mana-mana pihak pun samada kerajaan atau pembangkang sepatutnya memainkan isu ini.

Saya malu dengan anak-anak kerana dalam 3 bulan ini, mereka akan didedahkan dengan pelbagai gambar kelucahan melampau kerana ada yang jadikannya senjata politik.

Dulunya pihak yang dikatakan sekular yang mainkan isu ini hingga terkenal seluruh dunia, kini giliran parti Islam pula ditambah dengan doktrin agama.

Semoga Allah jauhkan anak-anak kita dari terjebak dan terpengaruh. Nauzubillah min zaalik.

Ahmad Mursi

BACA:

Lelaki ini jackpot RM400,000 lepas jumpa duit bawah peti ais secondhand yang baru dibeli, cuba korang cek peti ais kat rumah

“Nak pergi haji balik hari kot?”, pembeli mengeluh order sotong goreng tepung sekali cekodok pula dapat