“Tiba-tiba ada perempuan berpurdah peluk suami aku masa atas pelamin, rupanya ini kerja laki aku”

Oleh INFORAKYAT

“Tiba-tiba ada perempuan berpurdah peluk suami aku masa atas pelamin, rupanya ini kerja laki aku”Iyalah, buat rosak mood saja.

Elok-elok sedang bersanding dan menikmati momen-momen bahagia bersama pasangan, tiba-tiba datang pula tetamu yang tidak diundang.

Namun, perkara tidak diingini seperti itu kadangkala memang boleh terjadi.

"Tiba-tiba ada perempuan berpurdah peluk suami aku masa atas pelamin, rupanya ini kerja laki aku"

Seperti sebuah video yang tular di TikTok ini apabila pengantin lelaki dipeluk oleh seorang wanita tidak dikenali telah mencuri tumpuan ramai.

Isteri sampai terduduk, perempuan berjubah hitam tiba-tiba datang peluk suami dekat pelamin

Menerusi video yang dimuat naik oleh @ifah_hennaart, kelihatan pasangan pengantin itu sedang bersanding sambil bergambar dengan para tetamu.

Apa yang mencuri tumpuan ramai adalah apabila tiba-tiba datang seorang wanita berjubah hitam dan bertudung hijau memeluk pengantin lelaki.

Pengantin lelaki itu kelihatan terkejut dengan tindakan wanita tersebut, tetapi dia automatik membalas pelukannya. Manakala, si isteri pula terduduk melihat situasi yang tidak disangka itu.

Rupa-rupanya, individu yang memakai jubah tersebut adalah seorang lelaki dan merupakan kawan si pengantin lelaki.

Lihat video sambungan itu di bawah:

“Nasib baik pengantin perempuan tak mengamuk. Banyak kali aku ulang” – Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mencecah sehingga 29.1M tontonan, 1.8M tanda suka serta 62.8K perkongsian di laman TikTok.

Rata-rata warganet turut terhibur melihat prank itu dan memberikan reaksi masing-masing mengenainya

BACA:

Kenapa tembok besar China di bina? Sebalik kemegahannya ada 6 fakta seram mengenai tembok ini, no.6 itu meremang bulu roma!

Rupanya Amerika Syarikat curi Kepulauan Hawaii, Ini taktik licik yang mereka guna