Kenapa Russia menjual Alaska? Rupa-rupa ini yang Amerika yang buat

Oleh INFORAKYAT

Kenapa Russia menjual Alaska? Rupa-rupa ini yang Amerika yang buat. Alaska adalah salah satu daripada 50 buah negeri di Amerika Syarikat.

Namun, tahukah anda satu ketika dahulu Alaska merupakan tanah jajahan milik Rusia? Oleh kerana beberapa faktor, Alaska telah dijual kepada Amerika Syarikat.

Pembelian Alaska pada tahun 1867 menandakan berakhirnya usaha Rusia untuk memperluaskan perdagangan dan penempatan ke pantai Pasifik Amerika Utara, dan menjadi langkah penting dalam menaikkan Amerika Syarikat sebagai kuasa besar di rantau Asia Pasifik.

Kenapa Russia menjual Alaska? Rupa-rupa ini yang Amerika yang buat

Penemuan Alaska oleh pengembara Rusia

Bermula pada tahun 1725, ketika pemerintah Rusia, Czer Peter atau lebih dikenali sebagai Peter the Great mengutuskan pembuat peta dan pengembara, Vitus Bearing, untuk menerokai pantai Alaska, Rusia mempunyai minat yang tinggi terhadap rantau ini yang mana sangat kaya dengan sumber alam dan kurang didiami.

Dan ketika Amerika Syarikat sedang berkembang ke arah barat pada awal tahun 1800an, mereka mendapati bahawa terdapat persaingan di antara mereka dengan penjelajah Rusia dan pada pedagang.

Kekangan sumber kewangan punca penjualan

Namun, kerajaan Rusia yang berpangkalan di St. Petersburg kekurangan sumber kewangan untuk menyokong penempatan utama di Alaska atau menyediakan pasukan ketenteraan di sepanjang pantai Pasifik di Amerika Utara dan peneroka tetap Rusia di Alaska tidak pernah melebihi 400 orang.

Malah, kekalahan dalam Perang Krimea yang berlangsung dari tahun 1853 hingga 1856 terus mengurangkan minat Rusia di rantau ini.

Antara sebab lain yang menyebabkan penjualan ini adalah kesukaran untuk tinggal di situ, kekurangan sumber semulajadi (sehingga ditemukan selepas itu) dan juga takut ia akan dijajah dan dirampas dengan mudah oleh United Kingdom jika kedua-dua negara ini berperang.

perang krimea membuatkan rusia dibelenggu masalah kewangan

Pendek cerita, pihak Rusia lebih rela menjual Alaska kepada “rakan” atau sekutu mereka, daripada mengambil risiko diambil secara paksa oleh kuasa yang tidak disenangi, terutamanya Great Britain.

Selain itu, ahli sejarah Taman Negara Sitka, Alaska, juga menyalahkan kewujudan emas sebagai alasan Rusia untuk menjual wilayah tersebut. Walaupun ia kelihatan agak tak masuk akal untuk menjual wilayah yang mempunyai emas, namun terdapat bukti bahawa pihak Rusia menyedari akan kewujudan sumber itu di Alaska.

Walaubagaimanapun, Rusia takut kewujudan emas itu bakal mengulangi tragedi “gold rush” (pergerakan pesat orang ke kawasan emas yang baru ditemui) seperti yang terjadi pada tahun 1849 di California.

Ia akan menyebabkan Rusia terpaksa menanggung akibat yang mampu menjejaskan kedaulatan mereka.

Alaska menjadi milik Amerika Syarikat

Oleh itu, Rusia menawarkan untuk menjual Alaska kepada Amerika Syarikat pada tahun 1859. Dimulakan oleh menteri Rusia ke Amerika Syarikat, Baron Edouard de Stoeckl, penjualan Alaska diserahkan kepada Setiausaha Negara, William Seward di Washington DC pada tahun 1866.

Baron diberi kuasa oleh Maharaja Alexander II untuk menjual wilayah tersebut dan Syarikat Rusia Amerika tak kurang daripada USD5 juta. Baron dan William akhirnya menyelesaikan urus niaga penjualan tanah seluas 1,518,800 kilometer persegi tersebut pada harga USD7 juta dengan tambahan USD200,000 sebagai kos pentadbiran untuk pemindahan tersebut.

imej cek sebenar yang digunakan oleh amerika syarikat untuk membeli alaska daripada rusia

Bayaran tersebut menjadikan harga tanah di Alaska dibeli dengan harga USD 2 sen bagi setiap ekar. Perjanjian tersebut disahkan oleh Senat Amerika Syarikat dan diisytiharkan oleh Presiden Amerika Syarikat ke-17, Andrew Johnson pada 20 Jun 1867.

Alaska secara rasminya menjadi milik Amerika Syarikat dan diserahkan dalam satu majlis di Sitka, Alaska pada 18 Oktober 1867. Taraf sebagai negeri ke-49 Amerika Syarikat dikurniakan kepada Alaska pada 3 Januari 1959.

Pembelian ini menamatkan kehadiran Rusia di Amerika Utara dan memastikan akses A.S. ke utara Pasifik.

BACA:

Kecoh makcik selamba pandu kancil sampai dalam airport Terengganu, rupa-rupanya ini kisah sebenar

“Jiran mesej beritahu nampak suami kat rumah mak aku tapi mak tiada, rupa-rupanya ini kerja suami dengan adik perempuan aku”