Tinggi betul menara jam mekah, dah lah canggih pula tu! Rupanya disebalik tabir binaan ada 14 orang Malaysia yang terlibat.
Beberapa hari lalu, viral di laman Facebook apabila seorang pengguna laman sosial itu mendedahkan sekumpulan rakyat Malaysia yang merupakan hero sebenar di sebalik pembinaan struktur menara jam di Mekah
Post tersebut telah dibuat oleh Amera Sabrena Ahmad Sobri pada 18 Mei lalu dan nampaknya menerima respon positif daripada netizen yang rata-rata berbangga dengan sekumpulan rakyat Malaysia tersebut.
Menurut Sabrena, kedatangan Ramadan bulan hadapan genap 6 tahun penghijrahan mereka satu kumpulan berkhidmat di Mekah Al-Mukarramah
Istimewa kedatangan Ramadan bulan hadapan genap 6 tahun penghijrahan mereka satu kumpulan kerja rakyat Malaysia dibawah syarikat yang sama ke Tanah Suci Mekah. Sepanjang khidmat mencurah jasa dan keringat ini juga mereka meninggalkan isteri, anak dan ahli keluarga tercinta di Malaysia.
Kumpulan ini adalah tunjang utama mempertaruh nyawa menggalas tugas bagi pemasangan komponen dan struktur bahan binaan Menara Jam Diraja Abraj Al Bait
Sedikit pengenalan umum buat semua mengenali disebalik tabir bukan sahaja bagi projek Mataf Sementara (Temporary Mataf), malah mereka adalah tunjang utama mempertaruh nyawa menggalas tugas bagi pemasangan komponen dan struktur bahan binaan Menara Jam Diraja Abraj Al Bait. Wargakerja yang terlibat bukan sekadar panjat-panjat biasa ya, lebih 10 tahun pengalaman & diiktiraf International Climber.
facebook.com
1. Haji Hairul Nizam, Melaka – Pengurus Tapak Projek
2. Haji Armiazizul Arifin, Melaka – Senior Supervisor / Professional Climber
3. Haji Zulkefli Sulaiman, Melaka – Senior Supervisor / Professional Climber
4. Haji Mohd Najib Ahmad, Melaka – Supervisor / Professional Climber
5. Haji Armiazizuddin Arifin, Melaka – Supervisor / Profesional Climber
6. Haji Mohd Zaidi Abu Shah, Melaka – Supervisor / Professional Climber
7. Haji Hashim Ripin, Melaka – Supervisor / Professional Climber
8. Haji Mohamed Norhisam Hashim, Melaka – Supervisor / Professional Climber
9. Haji Ramli Sehad, Melaka – Supervisor / Professional Climber
10. Haji Mohd Anuar Abu, Melaka – Supervisor / Professional Climber
11. Haji Muliana Ahmad, Melaka – Supervisor / Professional Climber
12. Haji Sabri Jaka, Kelantan – Supervisor / Professional Climber
13. Haji Mohd Hamka, Selangor – Supervisor
14. Haji Mohd Airhan Rasullan – Supervisor
Haji Armiazizul, 16 tahun pengalaman sebagai seorang climber sedang menjalankan tugas
Mereka mempertaruh nyawa pada ketinggian 601 meter demi menggalas tugas dan tanggungjawab
Aspek keselamatan amat dititikberatkan. Inilah kepakaran dan ketelitian sebagai seorang climber
Haji Mohd Najib sewaktu operasi pemasangan komponen jam
Walaupun jauh bekerja, mereka masih tidak melupakan tanah air tercinta
Malaysia Tanah Kelahiranku!
Sewaktu operasi pemasangan komponen Menara Jam Abraj Al Bait
Buat pengetahuan anda, mereka terlibat dalam tiga projek mega di Mekah. Pertama adalah projek Menara Jam Abraj Al Bait pada tahun 2010 sehingga 2013
Projek kedua adalah Mataf sementara yang siap dibina pada September 2013 dan operasi membuka semula struktur binaan siap sepenuhnya pada 29 April 2016 (24 hari, 24 jam waktu bekerja)
Dan kini projek ketiga adalah projek pemasangan crescent pada Dome Shamia Expansions
Bertugas menghadap Kaabah. Satu pengalaman luar biasa MashaAllah
Moga-moga usaha dan pengorbanan mereka ini mendapat rahmat dan berkat daripada Allah s.w.t. In shaa Allah. =)
BACA:
Rupanya sewa Alphard lagi berbaloi dari membelinya, sekali lelaki ini tunjuk buktinya
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio