Jepun sengaja padam 1 bandarnya dari peta dunia tapi kenapa ya? Rupanya ini sebabnya, patutlah..

Oleh INFORAKYAT

Jepun sengaja padam 1 bandarnya dari peta dunia tapi kenapa ya? Rupanya ini sebabnya, patutlah.. Tak sangka, Jepun negara maju juga ada satu kawasan yang namanya tidak muncul secara rasmi dalam peta dunia.

Namanya Kamagasaki, salah satu kawasan kecil di Osaka.

Pegawai berautoriti Osaka pun tak mahu mempromosikan terang-terang nama Kamagasaki, sehinggakan filem yang memaparkan kawasan tersebut pun diminta supaya scene Kamagasaki dipadamkan.

Jepun sengaja padam 1 bandarnya dari peta dunia tapi kenapa ya? Rupanya ini sebabnya, patutlah..

Pegawai autoriti Osaka, Kazumitsu Oue memberitahu ia supaya memelihara kawasan dan penduduknya daripada bahaya prejudis.

Sekali lagi komen beliau menunjukkan salah satu pemikiran dan budaya Jepun “Kami merasakan filem itu kurangnya rasa timbang rasa terhadap penduduk tempat tersebut.”

Orang Jepun hidup secara berkelompok. Apabila ada benda negatif dalam sesebuah grup Jepun, sedaya upaya mereka mahu menyembunyikannya.

Perlu tahu juga yang orang Jepun sangat sensitif dengan soal air muka dan maruah. Apabila benda negatif terpapar di khalayak ramai, maruah akan terjatuh.

Mereka memandang hal sebegitu seolah-olahnya satu dosa. Bayangkanlah betapa bahayanya apabila nak sebarkan perihal ‘dosa’ secara terang-terangan. Sedangkan kita sebagai Islam juga tak dianjurkan untuk membuka pekung di dada. Begitulah orang Jepun berfikir.

Kerana terlalu daif, bandar Kamagasaki tiada dalam peta dunia - InfoMalaysia

Kalau kalian sempat berjalan di Kamagasaki dan tengok betul-betul, ada 1 garisan halus memisahkan penempatan ‘Dunia Baru’ yang ada bangunan tertinggi di Osaka, dan penempatan yang orang Jepun sendiri takut nak datang. Kebanyakan orang yang tinggal adalah lelaki dan 40% daripadanya adalah orang berumur 65 tahun ke atas.

Apabila pergi melancong guna tren dan berhenti di stesen Shin-Imamiya serta tidur di situ, memang sudah dekat lokasinya. Patutlah kenapa ramai pelancong luar negara suka datang situ. Hostel-hostel di situ murah belaka dan harga air di vending machine pun lebih murah.

beratur

Saya pun 8 tahun lepas pernah datang beberapa kali, sebabnya harganya berpatutan dengan bajet murah. Cuma ketika saya datang dulu, tak sedar adanya tempat miskin yang tak boleh bawa bincang. Kemiskinan di Kamagasaki memang menggentarkan. Nak kena ketuk hati beberapa kali baru sedar bahawa wujudnya orang negara kaya yang miskin.

Nanti ada peluang, cubalah datang dan tengok. Di situ, boleh nampak yang tiba-tiba ada ramai orang melepak di tepi jalan. Kalian kalau dapat pergi tempat lain seperti Tokyo, memang orang Jepun jarang melepak sesuka hati. Bangsa matahari terbit selalunya akan terus berjalan menuju ke destinasi tujuan.

Orang yang melepak itulah orang yang tak dianugerahkan kekayaan sekaya negara Jepun. Lagi satu, banyak benda yang bertaburan di tepi jalan. Plastik-plastik bertimbun di dalam bakul basikal, tilam hampar futon dan kotak-kotak coklat pun ada. Pemandangan macam itu tak banyak ada di tempat lain di Jepun.

Kalau kawasan lain, kalian boleh nampak bahu jalan kelihatan ‘clean’ dan kemas berbanding Kamagasaki. Benda-benda yang diletakkan di tepi jalan adalah barang kepunyaan orang miskin Kamagasaki.

Ia lagi jelas kelihatan apabila berada di Sankaku Koen Park. Taman itu adalah tempat berkumpul dan melepak pekerja miskin dan juga orang yang tiada rumah. Dengan hanya berdiri saja, boleh nampak dengan jelas atap plastik biru dipasang menjadi rumah setinggan.

Baik, cerita apa yang berlaku di Kamagasaki? Ini 6 situasi yang boleh nampak:

1. Di situ ada tawaran kerja kontrak harian (daily basis) atau dalam jangka masa tertentu. Sistem tersebut dipanggil yoseba. Kalau nak dapatkan kerja, seseorang kena keluar awal pagi ke tempat yoseba. Sebab itu ada dari kalangan pelawat yang boleh nampak ramai orang beratur panjang awal-awal pagi. Ada kemungkinan akhirnya mereka tak dapat kerja. Sekiranya tak berjaya maka tak ada kerja untuk 1 hari tersebut.

beratur
Mereka yang mencari kerja di awal pagi. Kredit gambar: Medium
2. Kamagasaki menempatkan yoseba yang terbesar di Jepun dan sebab itu orang dari seluruh Jepun datang untuk mencari kerja. Ada segelintir daripada mereka yang cari kerja kerana telah hilang kerja, ada yang tinggalkan rumah dan keluarga kerana sebab-sebab tertentu.

Ada juga yang datang kerana untuk menghilangkan diri. Orang yang tinggalkan rumah dan keluarga selalunya kerana masalah pinjaman yang tak terbayar atau hilang sumber pekerjaan.

3. Dulu-dulu Kamagasaki sediakan peluang kerja yang banyak, tetapi sekarang sudah tak lagi.

4. Ada juga pekerja buruh yang sudah tak boleh kerja kerana faktor usia. Jadi penguasa bandar di Osaka memperuntukkan program kerja khas untuk mereka seperti kerja-kerja membersih atau kerja lain di sekitar Kamagasaki. Gajinya 30,000 yen (+-RM1,129) sahaja sebulan dan itu boleh katakan rendah sangat. Macam feeling gaji RM300 sebulan kerja di pinggir bandar Kuala Lumpur.

5. Pada tahun 2017, ada 5,534 orang homeless. Daripada jumlah itu, lebih dari separuh tinggal di Osaka dan kebanyakannya berada di sekitar Kamagasaki. Cuma kalau berbanding 20 tahun lepas, kadarnya berkurang 4 kali ganda kerana usaha kerajaan bagi menyediakan rumah murah.

6. Kalau tiada lagi alamat tetap kerana menjadi homeless, boleh katakan hampir mustahil nak cari pekerjaan tetap dan stabil. Setelah menjadi homeless, seakannya macam terjatuh ke dalam gaung gelap tanpa dasar, nak naik balik memang tak tahulah harapannya macam mana.

Disebabkan 6 cerita itu, wujudnya 3 pemikiran sebegini terhadap orang homeless:

1. Ramai orang di Jepun memberitahu yang orang miskin di Kamasagaki adalah berpunca dari salah mereka sendiri, serta leka daripada tanggungjawab.

2. Orang Jepun percaya yang orang Kamasagaki di situ tidak mahu membantu mereka sendiri, serta tak mahu bekerja.

3. Orang yang berkata sedemikian juga memberitahu tak perlu memberikan apa-apa servis menggunakan duit orang awam, sebabnya itu adalah salah mereka sendiri. Mereka perlu bantu diri mereka sendiri.

Tiga cara fikiran itu macam selari dengan apa yang dipaparkan dalam cerita Jepun Black Clover. Masa mula-mula tengok cerita itu, rasa macam tak logik yang ia berlaku betul-betul, tetapi sekarang baru tahu cara fikir sedemikian adalah insiden sebenar dalam masyarakat. Akhir sekali, respons sebegini boleh terkeluar dari bibir orang miskin:

“Ah, orang kaya?! Mana boleh percaya dengan orang kaya.”

“Tempat sini orang kaya tak nak pergilah! Apa lagi kalau nak tengok.”

“Kami ini apa kelebihan yang ada? Kalau dapat kerja waktu pagi, itulah saja makanan waktu pagi.”

Walau bagaimanapun, proses pembaharuan di Kamagasaki sedang berlangsung. Harap mereka yang tak dianugerahkan dengan kekayaan duit akan diberikan bantuan, seterusnya membantu mereka keluar dari zon kemiskinan. Akhirnya boleh berdikari membina masa depan yang cerah.

Mungkin akan ada orang cakap “Tak perlu ambil peduli negara orang, ambil peduli negara kita sendiri dulu. Negara kita pun masih ramai orang susah dan miskin. Bantu dulu rakyat negara kita, ambil tahu dulu cerita rakyat kita.” Hmm, mungkin apa yang dikatakan ini ada betulnya juga.

Pada masa sama, kita dapat luaskan empati kita kepada orang yang asalnya macam nampak kaya, tetapi terperangkap menjadi miskin dalam negara kaya. Silap-silap lagi miskin seperti langit dan bumi berbanding kebanyakan orang yang membaca artikel ini. Moga dengan ini juga, kita dapat tahu bahawa sesusah kita, masih ada lagi orang yang kerja pagi, hanya sempat makan hari itu sahaja.

Menariknya, tempat ‘miskin’ ini mempunyai permintaan juga. Begitu sekali sehinggakan orang dari lapangan terbang antarabangsa Kansai boleh pergi ke Kamagasaki menggunakan tren limited express Rapi:t, dan keretapi akan berhenti di stesen Shin-Imamiya.

Di Jepun, tren limited express hanya berhenti di stesen-stesen utama saja. Stesen-stesen kecil yang tak ada kepentingan memang tiada gunanya tren untuk berhenti. Kos naik tren limited express pun lebih tinggi berbanding tren biasa.