Aku sedih jumpa lipstik yang tak dikenali dalam kereta laki aku, akhirnya laki aku..Kebanyakkan pemilik kereta pasti akan menyimpan beberapa peralatan-peralatan bengkel di dalam kereta, sama ada alat untuk menukar tayar
.seperti jack mahupun spanar untuk menggantikan apa-apa bahagian di dalam enjin.
Alat-alat sebegini ini perlu disimpan untuk kegunaan semasa kecemasan.
Bagi mereka yang jarang menggunakan kenderaan atau tidak begitu mengambil berat tentang keperluan di waktu kecemasan
kerana lebih selesa menghantar kereta ke bengkel mungkin tidak begitu kenal dengan alat-alat biasa yang digunakan untuk mengendalikan kereta.
Begitu juga dengan seorang wanita dari Indonesia ini yang berkongsikan kesilapannya dalam sebuah video. Melalui video tiktok yang dikongsikan semula, wanita itu meluahkan bahawa dia menjadi resah dan sedih selepas masuk ke dalam kereta suaminya.
Semuanya gara-gara dia menemui gincu yang bukan miliknya di bekas letak barang di tepi pintu. Dia kemudian bertanya kepada suaminya jika ada rakannya yang tertinggal lipstick yang mana suaminya menjawab tidak.
Apabila suaminya minta ditunjukkan lipstick yang ditemuinya itu wanita itu pun menunjukkan pada suaminya, membuat suaminya ketawa.
Selepas dijelaskan barulah wanita itu tahu bahawa yang ditemuinya itu bukan gincu tapi sepana soket untuk putarkan skru.
Antara komen-komen netizen ialah supaya kaum perempuan juga kena tahu serba sikit peralatan bengkel dan jangan cepat berprasangka buruk terhadap suami. Tapi ini kira okay la dia tanya suami terus kan. Kalau tak tanya nanti boleh jadi makin teruk pula hubungan dengan suami kan.
@nimaslaputri Lipstik nya iron man 😭 #fyp #samasamadaritiktok #kunci #lipstick #masukberandagak #voiceeffects ♬ original sound – Nimas LA Putri – ini.nimaseee
BACA:
Ingat dah cukup jumlah rupanya belum, Manchester United kena ‘kekah’ dengan Liverpool