Sebab ter’rajin’ nak flush tahi dalam kapal selam, jadi punca kapal selam karam tak timbul-timbul. Sebut saja kem4l4ngan laut, ada saja punca yang menyebabkan perkara tersebut berlaku.
Ia boleh saja berpunca akibat kesilapan manusia, keadaan laut yang bergelora atau situasi luar biasa.
Dalam kes kem4l4ngan kapal selam U-1206, kapal selam ditenggelamkan anak kapal gara-gara kapten tidak tahu cara menggunakan tandas!
Tidak seperti kapal selam pihak Bersekutu semasa P3r4ng Dunia Kedua (WWII) yang mengepam najis ke tangki septik, kapal selam terbaru Jerman ketika itu memilih mengepam sisa najis keluar ke laut.
Dengan menyingkirkan tangki septik daripada ruang kapal, ia menjadikan sesebuah kapal selam itu lebih ringan dan lebih pantas dalam air.
Namun begitu, proses untuk mengepam pula mempunyai cabarannya yang tersendiri. Bagi Wolfpacks (kumpulan kapal selam yang mengganggu laluan perkapalan Lautan Atlantik), proses ini hanya boleh dilakukan apabila kapal menyelam berhampiran dengan permukaan air.
Justeru, jika ada yang cuba melepaskan hajat semasa berada di dasar laut, terpaksalah menahan diri sehingga keadaan selamat untuk kapal berada hampir dengan permukaan air.
Menjelang tahun-tahun akhir WWII, teknologi ini ditambahbaik lebih-lebih lagi bagi membantu kapal terus beroperasi dengan senyap dalam air.
Ini kerana mana-mana kapal yang muncul pada permukaan sudah pasti dapat dikesan kapal laut dan pesawat pihak Bersekutu sekaligus menjadi ‘lauk’ mudah angkatan laut mvsvh.
Begitupun, proses pengepaman tandas dalam kapal selam Jerman baru ini amat rumit.
Pertama, ia akan menyalurkan najis ke beberapa saluran kebuk sebelum dimasukkan ke dalam tempat kedap udara bertekanan tinggi. Selepas itu, barulah ia dilepaskan ke luar laut dengan tekanan udara yang dimampatkan bak torpedo.
Proses sebegini dikendalikan oleh seorang pakar khas yang mendapat latihan dan prosedur pengurusan tandas pada setiap kapal selam.
Selain itu, terdapat aturan pembukaan dan penutupan injap-injap bagi memastikan sistem beroperasi dengan lancar. Tetapi pada 14 April 1945, ada seorang hamba Allah ini telah melakukan kesilapan kerana tidak dapat menahan keinginan melepaskan hajat.
Semasa menyelam pada kedalaman 200 kaki di Laut Utara, Karl-Adolf Schlitt, sedang mengetuai U-1206 untuk misi rondaan mereka yang pertama sebelum diganggu oleh panggilan alam.
Merasakan dirinya boleh melaksanakan prosedur pengepaman tandas dengan lancar tanpa pakar khas mereka, dia segera membuang air sebelum meminta seorang jurutera membuka dan menutup injap pengepaman tandas.
Malangnya, seperti Schlitt, jurutera tersebut juga bukan pakar khas pengepaman tandas dan membuat kesilapan mengatur injap yang salah. Akibatnya, air dan sisa najis masuk ke dalam kapal dalam jumlah yang banyak dan sebahagian daripadanya mengalir ke bahagian bateri yang terletak di bawah tandas. Ini mengakibatkan reaksi kimia yang membawa kepada penghasilan gas klorin yang ber4cvn.
Dengan gas klorin memenuhi setiap ruang kapal selam, Schlitt mengarahkan kapal selam naik ke permukaan. Bagi mambantu kapal selam terapung dengan pantas, krew kapal mel3tvpkan balast dan men3mb4k setiap torpedo. Dalam keterangan rasminya, Schlitt berkata, “Pada masa inilah, kapal dan pesawat British mengesan kedudukan kami.”
Selepas diserang oleh armada T3nt3ra Laut Diraja (Royal Navy), satu-satunya pilihan krew Jerman ialah menenggelamkan kapal selam mereka dan meninggalkan kapal. Schlitt dan anak kapal menaiki beberapa bot getah dan berjaya sampai di kawasan pesisir pantai Scotland. Begitupun, keadaan laut bergelora menyaksikan tiga lagi krew kembali ke negeri cacing iaitu Hans Berkhauer, Karl Koren and Emil Kupper.
Schlitt terselamat pada akhir WWII dan kembali ke balik papan pada tahun 2009. Sementara kapal selam U-1206 pula terus bersemadi di dasar Laut Utara sebagai bukti kesilapan manusia, walau seaneh mana sekalipun, boleh membawa padah.
BACA:
Shuib merajuk tak nak join Sepahtu Reunion akhirnya Jep pula bersuara, rupanya ini kisah dia