Bendahari Bersatu ditahan reman SPRMSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan bendahari Bersatu ketika siasatan diteruskan berhubung dakwaan mengenai aliran dana ke dalam parti itu, lapor The Star.
Akhbar itu menyebut Salleh Bajuri ditahan semalam dan beliau dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur bagi mendapatkan perintah reman hari ini.
The Star juga memetik sumber sebagai berkata SPRM memohon untuk melanjutkan tahanan remannya,.
sambil menambah ia menunjukkan usaha bagi mencemarkan imej Bersatu dan Perikatan Nasional (PN).
MalaysiaNow sedang menunggu jawapan daripada Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki.
Pemimpin Bersatu menjadi sasaran SPRM ekoran tuduhan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan pemimpin kerajaan lain berhubung penyalahgunaan dana untuk tabung parti itu.
Bekas perdana menteri dan presiden Bersatu Muhyiddin Yassin antara yang disiasat SPRM berhubung kontrak yang diberikan di bawah JanaWibawa, program pasca Covid-19 bagi membantu kontraktor Bumiputera mendapat penilaian tinggi yang terjejas akibat pandemik itu.
Ini diikuti dengan penahanan dan pendakwaan ke atas Ahli Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan, yang didakwa atas dua pertuduhan rasuah.
BACA:
“Terima Kasih Untuk 35 tahun”, Ella nak pergi mana sebenarnya?
Selepas jurulatih Zainal Abidin, giliran Faizal Tahir pula digosip bermain cinta dengan Sissy Iman