Ramai gadis Korea ‘single’ sebab nak suami dari Malaysia? Rupa-rupanya ini kisahnya

Oleh INFORAKYAT

Ramai gadis Korea ‘single’ sebab nak suami dari Malaysia? Rupa-rupanya ini kisahnya.Satu kaji selidik mendapati bahawa semakin ramai golongan wanita di Korea Selatan

Mereka menganggap perkahwinan dan mempunyai anak bukan merupakan perkara penting dalam kehidupan mereka, lapor akhbar The Korea Herald.

Menurut kaji selidik dijalankan Persatuan Kajian Hal Ehwal Sosial Korea tersebut, hanya empat peratus daripada responden wanita melihat perkahwinan dan melahirkan anak sebagai suatu perkara yang wajib dijalani.

Ramai gadis Korea 'single' sebab nak suami dari Malaysia? Rupa-rupanya ini kisahnya

Dalam masa sama, 12.9 peratus responden lelaki memberi jawapan yang sama.

Kaji selidik yang dijalankan dalam kalangan 281 lelaki dan wanita bujang berumur 20 hingga 34 tahun itu turut menyarankan bahawa kepentingan perkahwinan dan kelahiran anak adalah berkaitan dengan persepsi responden terhadap masyarakat Korea.

Berdasarkan kajian tersebut, golongan yang mementingkan kualiti hidup dan kehidupan bermasyarakat cenderung untuk menganggap perkahwinan dan melahirkan anak adalah penting.

Minggu lalu, agensi perangkaan Korea Selatan melaporkan negara itu mencatatkan rekod kadar kelahiran paling rendah bagi tahun 2022 dengan seramai 249,000 bayi dilahirkan, merosot 4.4 peratus berbanding 2021.

Bilangan perkahwinan di negara itu turut merosot kepada 191,697 bagi tahun lepas yang merupakan kadar terendah sejak penyimpanan rekod bermula pada 1970.

Dalam pada itu, satu kajian berlainan menunjukkan semakin kurang penduduk lelaki dan wanita negara itu berpendapat menjaga ibu bapa adalah tugas wajib seorang anak.

Kaji selidik dijalankan Institut Kesihatan dan Hal Ehwal Sosial Korea terhadap 7,865 isi rumah antara Mac dan Julai 2022 menunjukkan sekitar 21 peratus responden berpendapat anak-anak perlu tinggal bersama ibu bapa dan menjaga mereka.

Ia merupakan penurunan daripada 52.6 peratus sepanjang tempoh 15 tahun lepas.

BACA: 

Selalu sangat hentam orang Rohingya, sekali Ustaz kena ‘sound’ dengan wakil Rohingya.

Power betul! Tun M pun tak tahu cara ni, rupa-rupanya ini cara Anwar Ibrahim bakal gunakan untuk naikkan ekonomi negara