Selepas jurulatih Zainal Abidin, giliran Faizal Tahir pula digosip bermain cinta dengan Sissy Iman. Memperkenalkan aktor superman Malaysia tak lain tak bukan Faizal Tahir!! Jeng jeng jeng.
Sebut je nama Faizal Tahir pasti semuanya boleh bayangkan lagu komposer terkenal ni terngiang-ngiang di telinga.
Manakan tidaknya hampir kesemua lagu ciptaannya mendapat sambutan baik bagi pencinta muzik Malaysia.
Baru-baru ini timbulnya desas-desus mengatakan yang penyanyi Ragaman ini sedang bermain cinta dengan seorang penyanyi muda iaitu Sissy Imann.
Macam mana lah boleh timbulnya isv ni yer?
Sehubungan dengan itu, Faizal Tahir tampil memberikan penjelasan agar peminat tidak lah salah faham dengan g0sip yang tak masuk akal sedemikian.
Menurutnya, dia sudah menganggap Sissy seperti seorang anak dan merasakan g0sip ini agak lucu untuk diperkatakan. Mereka hanya banyak menghabiskan masa bagi urusan kerja di studio rakaman dan tidak lebih dari itu.
“Saya tak tahu mana datangnya cerita sebegini. Sebenarnya, lawak atau prank? Sejujurnya, saya terkejut dan merasakan perkara ini tidak masuk akal… Tak mungkin.
“Dia artis di bawah naungan syarikat rakaman saya dan saya menganggap Sissy seperti anak. Saya memanggilnya dengan panggilan anakanda dan dia memanggil saya dengan nama bapak,” jelas Faizal.
View this post on Instagram
“Saya sendiri tak tahu macam mana cerita ini boleh timbul. Mengapa tak ada pula yang kaitkan saya dengan artis-artis di bawah naungan saya yang lain seperti Hanie Soraya, Hannah Delisha atau Elizabeth Tan?
“Mereka juga meluangkan masa bersama saya di studio rakaman. Sejujurnya, saya lebih selesa dan meluangkan masa di studio dengan artis lelaki seperti Amir Masdi dan Aziz Harun.
“Usia saya pun bakal mencecah 41 tahun… Saya sendiri tak tahu mana datangnya cerita sebegini. Semuanya sudah saya anggap seperti anak sendiri,” terangnya lagi.
Ada logiknya dah kenapa Elizabeth dulu tak ada pulak g0sip macam ni. Mungkin ada yang segelintir sengaja mengusik mereka berdua.
Natijahnya, spekulasi hanyalah spekulasi dan tuan badan sahaja lah yang tahu cerita sebenarnya.
Semoga Faizal Tahir berjaya dengan album terakhir yang dikeluarkannya yang bertajuk Rojak. Ini hanyalah album terakhir yer dan bukan bermakna Faizal Tahir bersara.
Untuk hari mendatang akan ada single yang dikeluarkannya.
BACA:
Tiada hujan tiada ribut senyap-senyap kahwin, Tahniah Azhan Rani dan Rita Rudaini