Ini kisah ahli politik yang jadi agen perisik KGB zaman soviet union, rupanya dia dulu setiausaha politik bekas perdana menteri.
Bila cakap pasal KGB je, korang mesti tahu betapa liciknya mereka ni. Malah, kita pernah tulis pasal diaorang kat sini pada awal tahun lepas.
Klik untuk baca pasal pelbagai cara pengintipan KGB ke atas CIA.
Pada Julai 1981, iaitu cuma tiga hari sebelum Tun Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-4, seorang setiausaha politiknya (setpol) ditahan pihak berkuasa.
Setpol tersebut, Siddiq Mohamad Ghouse ditahan kerana disyaki mengkhianati negara dengan menjadi ejen Polis Rahsia Soviet, KGB. Dia kemudiannya ditahan ISA memandangkan kegiatannya tu boleh memudaratkan keselamatan negara.
Berkuat kuasa serta masa pada hari yang sama, Malaysia terus menghalau pegawai-pegawai Kedutaan Soviet yang terlibat, iaitu G.I. Stepanor, Setiausaha Pertama Kedutaan; V.P. Romanov, Setiausaha Kedua Kedutaan Soviet; dan seorang kakitangan bukan diplomatik di bahagian ekonomi kedutaan Soviet iaitu Z.L. Khamidauline.
Kisah yang menjadi bualan mulut pada masa tu. Imej dari berita semasa
Bukan setahun dua Siddiq Mohamad Ghouse ni jadi setpol Tun Mahathir Mohamad, tapi selama tujuh tahun, iaitu masa Tun Mahathir masih lagi jadi Menteri Pelajaran pada tahun 1974.
Kisahnya, dia yang juga merupakan ketua sebuah cawangan pemuda UMNO dikatakan telah diberi tawaran oleh tiga ejen KGB (sebuah organisasi perisikan untuk kerajaan Kesatuan Soviet) untuk menjual maklumat negara.
BACA:
Ini senarai lokasi zon perangkap had laju yang korang tak tahu