Bantuan mencecah RM1,000 untuk kanak-kanak keluarga B40! Mohon Segera!.Bantuan BKK RM150. Kini pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sama ada melalui Kerajaan Negeri ataupun Kerajaan Persekutuan.
Ia termasuklah kepada usaha berkaitan berumah tangga, keluarga, warga emas ataupun bujang.
Selaras dengan itu, terdapat satu ibantuan yang dikenali sebagai BKK yang melibatkan sumbangan kewangan sebanyak RM150 Sehingga RM1000 kepada yang layak.
BANTUAN KANAK-KANAK (BKK)
Ia bertujuan untuk membantu keluarga/penjaga kepada anak/anak atau membantu anak/anak yang hilang/kehilangan penjaga agar mereka dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan tumbesaran dan perkembangan anak.
KADAR
Minimum sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan mengikut pecahan berikut :
RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah;
RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun; dan
Kadar bantuan maksimum RM1000/keluarga sebulan
TUJUAN
Membantu keluarga/ penjaga kepada anak/ kanak-kanak atau membantu anak/ kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.
Membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kanak-kanak termasuk kasih sayang dan perhatian keluarga.
SYARAT KELAYAKAN BKK
Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.
Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas.
Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.
CARA PERMOHONAN
Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
Untuk sebarang maklumat lanjut dan borang permohonan, anda boleh layari portal rasmi – DISINI
BACA:
Walaupun harga sayur dah turun tapi tak laku juga, ini sebenarnya yang terjadi