Rahsia awet muda Datuk K buat ramai terkejut. Meskipun meniti usia 64 tahun, suami kepada penyanyi tersohor Negara Dato’ Sri Siti Nurhaliza itu, masih kekal sihat dan bertenaga.
Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau lebih mesra disapa sebagai Datuk K, merupakan seorang usahawan Melayu di Malaysia.
Datuk K, merupakan pengerusi syarikat kosmetik SimplySiti Sdn dan pengasas Yayasan Nurjiwa serta merupakan pengarah beberapa syarikat terkemuka di Malaysia.
Sudah pasti ramai tertanya-tanya apakah rahsia penjagaan kesihatan yang diamalkan oleh Datuk K itu.
Baru-baru ini, terlihat di media sosial anak menantu Datuk K, mereka berkongsi mengenai majlis kesyukuran yang dilakukan sempena dengan hari lahir Datuk K.
Di iringi dengan bacaan doa dan selawat untuk mendapat keberkatan, terlihat juga Datuk K bersama isteri Siti memotong pulut kuning yang disediakan.
Di dalam video yang dikongsikan oleh menantunya di youtube miliknya iaitu Tya Arifin, Tya sempat menanyakan beberapa soalan kepada Datuk K termasuklah rahsia kekal awet muda.
selepas 20 tahun ayah kahwin dengan isteri yang muda, itu yang ayah kekal muda – kata Datuk K
Itu tidak berlaku “sambil memandang suaminya”, hanya untuk ayah saja- balas Tya
Namun itu hanyalah sekadar gurauan Datuk K kepada tya untuk memeriahkan lagi suasana. Menurut Datuk K, rahsia kesihatan kekal berpanjangan adalah dengan pemakanan, bersenam dan salah satu yang Datuk K selalu buat adalah dengan berzikir “al-afiyah” minta keberkatan dunia dan akhirat.
Tambah Datuk k lagi, zikir merupakan permintaan kita dengan Allah S.W.T. Banyakkan melakukan perkara-perkara yang Allah S.W.T suka dan yang disuruh, sayangi keluarga serta ibu ayah dan paling penting sayangi Rasulullah S.A.W.
BACA:
Pelbagai jawatan kosong DBKL ditawarkan, gaji sehingga RM9,000! Mohon segera!
Anak murid terlampau cantik jadi sebab pengetua sekolah dengan pelajar bertunang