Baru je doa dapat jodoh, lelaki ini terkejut perempuan masuk kereta duduk sebelah sekali lain pula yang jadi. Ketika kejadian yang tidak dinyatakan waktu ia berlaku,
lelaki berkenaan memandu seorang diri dari Sungai Besar, Selangor dan berhenti berehat di R&R Gambang di Pahang sebelum meneruskan perjalanan ke Kuantan.
Pemuda yang dipercayai bernama Sopi itu pada awalnya dalam keadaan mengantuk kemudian serta-merta bertukar terkejut apabila mendapati bukan sahaja seorang wanita di dalam keretanya
malah terdapat juga kanak-kanak yang dikendong wanita berkenaan.
“ Lepas solat dan minum (ngantuk) tu terus la pergi kereta nak sambung perjalanan ke Kuantan. Peliklah apa pasal aku tak kunci kereta? Malas fikir masuk… terus membetulkan kerusi, tiba-tiba akau terkejut ada perempuan kat sebelah.
“ Bila masa aku berbini? Memanglah lepas solat tadi doa semoga dimurahkan rezeki dianugerahkan jodoh yang baik-baik tapi tak kan serta-merta terus beristeri?,” begitulah status pemuda itu yang dikongsi di akaun Twitter @ifuaszufham pada Selasa malam.
Lebih mendebarkan, wanita berkenaan turut terkejut dengan kehadiran Sopi di dalam kereta Perodua Axia warna Merah selain mempersoalkan siapa dirinya.
“ Awak siapa? Mana suami saya?,” soal wanita berkenaan, sebelum dia segera keluar dari kereta dan menyangka ia adalah kereta miliknya berdasarkan pada plat nombor pendaftaran kenderaan.
Bagi mendapatkan kepastian, Sopi menekan kunci penggeranya dan lampu kereta menyala tetapi bukan kereta yang dinaikinya itu tetapi kenderaan yang diparkir bersebelahan.
Seorang lelaki berwajah bengis menyaksikan kejadian itu dari jauh sebelum segera ke arah kereta yang dinaiki wanita berkenaan bersama seorang kanak-kanak.
“ Maaf bang, salah kereta. Kereta kita sama,” kata Sopi dengan muka yang merah padam menahan malu.nangtime.com – Baru Berdoa Dianugerahkan Jodoh, Lelaki Terkejut Masuk Kereta Ada Perempuan Di Sebelah
“ Kau ni, buat cemas saja. Ingatkan nak menculik,” kata lelaki tersebut yang sebenarnya adalah suami kepada wanita itu, sebelum mereka ketawa kerana lucu.
Perkongsian status Sopi turut dimuat naik gambar dua kereta Perodua Axia, kedua-duanya warna merah berserta plat nombor awalan yang sama bagi pendaftaran kenderaan.
“ Eh tak ada masa aku nak reka-reka cerita. Ia sekadar ‘sesuatu di luar jangkaan’ bila dah letih sangat tu rasionaliti fikiran tu jadi kurang ditambah dengan situasi mengejut. Bebal la sekejap.
Kereta mereka sama rupanya
Ia diulang kicau lebih 15,000 kali dan lebih 5,000 tanda suka mendapat pelbagai reaksi, malah menganggap kisahnya itu sekadar rekaan semata-mata.
“Eh tak ada masa aku nak reka-reka cerita. Ia sekadar ‘sesuatu di luar jangkaan’ bila dah letih sangat tu rasionaliti fikiran tu jadi kurang ditambah dengan situasi mengejut. Bebal la sekejap.
“Seriuslah. Dari Sungai Besar kot. Letih sangat. Tu lah, nasib baik aku berkopiah masa tu, tak ada nampak penjenayah sangat,” katanya secara berseloroh.
Beliau turut menasihati netizen supaya berhati-hati dengan keadaan sekeliling dan mengunci pintu kereta sepanjang masa bagi mengelakkan insiden yang boleh mengundang bahaya.
BACA: