Kes seleweng Jana Wibawa, bekas PM 8 tiba di Mahkamah. Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir di Mahkamah Sesyen, di sini kira-kira jam 8.55 pagi.
Beliau dipercayai hadir bagi memberi sokongan kepada Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan yang bakal menghadapi proses pertuduhan berhubung projek Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).
Sebelum itu, Wan Saiful tiba sekitar jam 8.50 pagi dengan diiringi anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Sementara itu, seorang lagi tertuduh iaitu ahli perniagaan yang memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di sebuah syarikat tiba 20 minit kemudiannya bagi menghadapi pertuduhan kes sama.
Turut hadir, Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Pada Isnin, Sinar Harian melaporkan seorang ketua penerangan sebuah parti politik tanah air berpangkat Datuk akan didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini pada Selasa, berhubung projek Jana Wibawa.
Agensi itu turut dilaporkan telah menahan seorang CEO sebuah syarikat bagi membantu siasatan kes sama.
Kedua-dua mereka ditahan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya, malam Isnin sebelum dihadapkan ke mahkamah, untuk proses pertuduhan.
Sebelum ini, dilaporkan beberapa senarai Surat Setuju Terima (SST) yang dikeluarkan menerusi projek di bawah Jana Wibawa, melibatkan ahli keluarga pemimpin utama parti politik tertentu.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, SPRM setakat ini belum dapat mengenal pasti nilai sebenar projek itu.
BACA:
Walaupun harga sayur dah turun tapi tak laku juga, ini sebenarnya yang terjadi
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio