Suami beristeri tiga tapi tidak bekerja, macam mana dia buat? rupa-rupanya ini sumber pendapatannya

Oleh INFORAKYAT

Suami beristeri tiga tapi tidak bekerja, macam mana dia buat? rupa-rupanya ini sumber pendapatannya. Seorang lelaki di Amerika Syarikat (AS) mendedahkan mempunyai tiga isteri, namun dia tidak bekerja.

New York Post melaporkan, bapa dua anak, Nick Davis, 39, sebaliknya hanya menjadi ‘suri rumah’.

Tiga isterinya, April, Danielle dan Jennifer, bekerja sepenuh masa.

Suami beristeri tiga tapi tidak bekerja, macam mana dia buat? rupa-rupanya ini sumber pendapatannya

Nick bertemu isteri pertamanya, April, ketika menuntut di universiti, 15 tahun lalu, sebelum berkahwin pula dengan Jennifer sembilan tahun kemudian.

Walaupun kedengaran luar biasa, April, 38, berkata dia gembira apabila ada wanita lain yang dapat memenuhi keperluan Nick.

April juga yang memperkenalkan suaminya kepada Jennifer, 25, yang ketika itu berusia 19 tahun, apabila memikirkan dia sesuai untuk keluarga mereka.

“Jelas bagi saya yang dia (Jennifer) seorang yang hebat, ada intelek tinggi dan saya tahu bahawa Nick tertarik dengannya,” kongsi April.

 

Selepas keluarga itu muncul di rancangan realiti Seeking Sister Wife tahun lalu, Danielle yang berusia 22 tahun pula menjadi isteri baharu Nick.

Dalam majlis perkahwinan dengan dua lagi isterinya, Nick berkata, dia merealisasikan impian kerana komited dengan Danielle.

“Memiliki tiga isteri dan hidup harmoni adalah sesuatu yang sukar dipercayai. Seperti mimpi jadi realiti,” kata Nick.

“Sejujurnya saya tidak pernah terfikir saya boleh sebahagia ini.

“Saya tidak fikir kebahagiaan seperti ini wujud sehingga menemui cinta seperti ini,” kata Danielle.

Jennifer melahirkan anak pertama mereka yang diberi nama Vera, pada Jun tahun lalu.

Nick juga mempunyai seorang anak lelaki remaja hasil perkahwinan terdahulu.

BACA: 

Walaupun harga sayur dah turun tapi tak laku juga, ini sebenarnya yang terjadi

“Penerbit filem meletop juta-juta, kaya terkejut tapi kencing orang kampong”, individu dakwa penerbit ‘Mat Kilau’ hutang RM 150K?