Bilal bakal jadi abang, Neelofa mengandung PU Riz sahkan. Baru-baru ini, selebriti terkenal Noor Neelofa telah menyambut ulang tahun kelahiran anak sulungnya,
Muhammad Bilal yang kini berusia setahun dalam satu majlis sederhana yang diadakan hari ini.
Menerusi video dikongsikan seorang pengguna di TikTok @indigovelvet4, kelihatan Neelofa bersama suaminya, pendakwah bebas,
Muhammad Haris atau PU Riz dilihat memberi ucapan sebelum majlis bermula.
BACA: Ramai Salah Faham Kenyataan ‘Travel’, Neelofa Jelaskan Tak Tuju Kepada Sesiapa
Namun, apa yang lebih menjadi perhatian ramai apabila Neelofa dilihat mengucap perutnya serta seolah menampakkan baby bump sekaligus membuatkan ramai netizen teruja.
Malah, pemilik video tersebut turut menulis kapsyen mengatakan Bilal bakal jadi abang sekaligus turut menguatkan lagi dakwaan selebriti popular itu sedang berbadan dua.
“Selamat ulang tahun ke satu tahun Bilal, dah nak jadi abang dah Bilal nanti,” tulis kapsyen video.
@indigovelvet4 Dah nak jadi abang bilal soon 🤰🏻 #neelofa #neelofaharis ♬ Buah Hati – Armada
Diruangan komen, meskipun tiada pengesahan daripada tuan badan mengenai perkara itu namun rata-rata netizen mengucapkan tahniah buat Neelofa.
BACA:
Mukhriz lebih utamakan gabungan lain berbanding Gerakan Tanah Air – Tun M
Tak mekap pun cantik! Nampak macam budak-budak kalau tak mekap