Masa jual ‘claim’ apartmen kalis gempa bumi, tetapi lain pula yang jadi

Oleh INFORAKYAT

Masa jual ‘claim’ apartmen kalis gempa bumi, tetapi lain pula yang jadi. Sisa runtuhan sebuah bangunan apartmen di selatan Turkiye yang digembar-gemburkan sebagai ‘kalis gempa bumi’ menjadi sasaran kemarahan orang ramai, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Ketika pembukaannya beberapa dekad lalu, bangunan apartmen Ronesans Rezidans itu diiklankan sebagai ‘serpihan syurga’ dan didakwa kalis gempa bumi.

Bagaimanapun, apartmen Ronesans Rezidans runtuh semasa gempa bumi lebih seminggu lalu yang menyaksikan beratus-ratus penghuni kejiranan itu terbunuh.

Masa jual 'claim' apartmen kalis gempa bumi, tetapi lain pula yang jadi

Mereka yang terselamat berdiri di tepi timbunan konkrit blok pangsapuri 249 kejiranan itu sambil menunggu berita orang tersayang, namun harapan untuk menemui mangsa yang masih hidup kini pudar.

“Saudara lelaki saya tinggal di sini selama 10 tahun. Bangunan ini dikatakan selamat gempa bumi tetapi anda boleh lihat hasilnya.

“Ia diperkenalkan sebagai kediaman tercantik di dunia. Kini ia dalam keadaan mengerikan. Tiada simen mahupun besi yang elok di dalamnya. Ia ibarat neraka, ” kata tukang emas berusia 47 tahun, Hamza Alpaslan.

Gempa bumi kuat di Turkiye telah mengorbankan lebih 43,000 orang dan menyebabkan berjuta-juta mangsa kehilangan tempat tinggal.

Rakyat Turkiye meluahkan rasa marah terhadap apa yang mereka lihat sebagai amalan pembinaan yang korup dan pembangunan bandar yang cacat.

Kementerian Perbandaran Turkiye menganggarkan kira-kira 84,700 bangunan runtuh atau rosak teruk akibat gempa bumi.

Walaupun Ronesans Rezidans yang diterjemahkan sebagai ‘kediaman Renaissance’ runtuh, beberapa banguna lama berhampiran blok apartmen itu masih teguh.

Kehilangan pemain bola sepak antarabangsa Ghana, Christian Atsu yang bermain untuk pasukan tempatan Hatayspor juga dipercayai tinggal di kompleks itu.

BACA:

Mukhriz lebih utamakan gabungan lain berbanding Gerakan Tanah Air – Tun M

Mencari pemberani, kitab injil berusia 1000 tahun dilelong RM220 juta