6 bulan tak hadir sidang Dun, ini respon Adun Pejuang bila dipecat dari Dun Selangor

Oleh INFORAKYAT

6 bulan tak hadir sidang Dun, ini respon Adun Pejuang bila dipecat dari Dun Selangor. Bekas wakil rakyat Batang Kali,

Harumaini Omar mengesahkan sudah maklum mengenai pengisytiharan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) itu sudah dikosongkan melalui media hari ini.

Beliau yang dihubungi petang tadi memberitahu akan membuat kenyataan media berhubung perkara itu esok.

6 bulan tak hadir sidang Dun, ini respon Adun Pejuang bila dipecat dari Dun Selangor

“Saya tahu (pengisytiharan kekosongan kerusi Dun Batang Kali) dari media.

 

Jadi, esok saya akan buat kenyataan media,” katanya ringkas kepada NSTP, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Speaker Dun Selangor, Ng Suee Lim mengumumkan kekosongan kerusi itu selepas Harumaini disahkan gagal hadir diri tanpa kebenaran, semasa persidangan dewan melebihi enam bulan, iaitu sejak 28 Julai tahun lalu.

Suee Lim, berkata pengisytiharan itu mengikut Perkara LXIX Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Beliau akan menghantar makluman pengisytiharan kekosongan kerusi itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam masa terdekat.

Dengan pengisytiharan itu juga katanya, Harumaini hilang kelayakan sebagai ADUN, beliau juga dilarang hadir ke sidang DUN Selangor yang bermula pada Mac depan, tidak boleh membuat rayuan.

BACA: 

Isteri orang kesepian bercinta dengan 300 lelaki, raih RM 250k dari semua teman lelakinya

“Jangan lah nak temberang kerana itu hanya gimik sahaja”, pak cik ini dedah perangai sebenar Azmin